Now Reading
Trip 5H4M Ke Sabah Dengan Kos RM1,200 Seorang Termasuk 2 Hari ‘Island Hopping’!

Trip 5H4M Ke Sabah Dengan Kos RM1,200 Seorang Termasuk 2 Hari ‘Island Hopping’!

Kos RM1,200 ke Sabah ini termasuklah tambang perjalanan menaiki kapal terbang, penginapan hotel, aktiviti ‘island hopping’ dan pengangkutan.

Trip 5H4M Ke Sabah Dengan Kos RM1,200 Seorang. Siap 'Island Hopping' 2 Hari Lagi! (7)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sabah merupakan antara lokasi percutian yang menjadi tumpuan ramai kerana dikelilingi oleh banyak pulau cantik. Kalau tengok lautan di sana, memang jernih dan biru sungguh airnya.

Sekali tengok, memang rasa tak percaya yang Malaysia ada tempat secantik itu.

Bab makanan pula, memang ia terkenal dengan hidangan seafood yang cukup segar. Boleh dikatakan Sabah ni memang ‘syurga’ makanan laut.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!


Lelaki Ini Kongsi Itinerari 5 Hari 4 Malam Ke Sabah Dengan Bajet RM1,200 Seorang

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@adibkhld) berkongsi itinerari ketika ke Sabah selama lima hari empat malam dengan kos RM1,200 sahaja.

Kos tersebut termasuklah:

  • Tambang perjalanan pergi balik menaiki kapal terbang (RM223)
  • Penginapan hotel (RM920 termasuk untuk aktiviti ‘island hopping’)
  • Aktiviti ‘island hopping’.
  • Pengangkutan

Kalau anda nak tahu itinerari penuh selama lima hari empat malam di Sabah, jom baca perkongsian di bawah.


Day 1.

Sumber: Twitter @adibkhld

Setibanya di Sabah, mereka terus ‘check in’ di Hotel Sipadan Inn 3. Harganya adalah RM150 satu malam untuk dua katil.

Kemudian, masa untuk makan malam di Restoran Anjung D’Samudera Seafood dengan harga kesemuanya berjumlah RM515 termasuklah tujuh ekor lobster yang hanya berharga RM100 sahaja!

Kebetulan pula hotel dan restoran itu berhampiran dengan jeti, jadi memang senang sangat nak dapatkan makanan laut yang segar.


Day 2.

Sumber: Twitter @adibkhld

Selepas meletakkan barang di Maglami Lami, mereka melakukan aktiviti’ island hopping’ di tiga lokasi berbeza iaitu:

  • Bohey Dulang
  • Mantabuan
  • Sibuan

Kalau mereka yang berminat untuk mendaki pun boleh juga, tapi perlu membayar caj tambahan.

Selepas selesai ‘island hopping’, mereka terus ‘check in’ di lokasi mereka meletakkan barang iaitu di Maglami Lami untuk menginap di sana selama dua malam.

Sumber: Twitter @adibkhld

Kosnya adalah RM620 untuk seorang, termasuk dengan pakej sarapan, makan tengah hari serta makan malam.

Paling best, view dari luar bilik boleh nampak laut biru yang sangat mendamaikan. Sesuai sangat yang nak ‘healing’.


Day 3.

Sumber: Twitter @adibkhld

Untuk hari seterusnya, aktiviti ‘island hopping’ ini diteruskan dengan lokasi berbeza iaitu:

  • Timba Timba
  • Mataking
  • Pandaman

Anda yang berminat untuk melakukan aktiviti menyelam dan snorkeling pun boleh juga dengan caj tambahan.


Day 4.

Sumber: Twitter @adibkhld

Pada hari keempat, tibalah masa untuk ‘check out’ dari Maglami Lami, bergerak pula ke Tawau dan ‘check in’ di Hotel Marco Polo dengan harga RM150 satu malam untuk dua katil.

Hotel ini bersebelahan dengan masjid dan dekat juga dengan kedai makan dan pasar malam jika anda datang pada hujung minggu. Boleh jalan kaki je.

Mereka juga sempat makan malam di Restoran Sri Titingan Seafood.


Day 5.

Bangun pagi dan terus ‘check out’ dari hotel. Kemudian, terus bergerak ke lapangan terbang untuk pulang dengan menaiki penerbangan MYAirline.

Tiket kapal terbang yang dibeli pada bulan Januari lalu untuk perjalanan Kuala Lumpur-Sabah-Kuala Lumpur hanya RM223. Murah juga kan?

Kepada anda masih belum pernah ke Sabah, memang kena cuba pergi ke sana. Percayalah, suasananya agak berbeza dari persekitaran di Semenanjung dari segi budaya, suasana alam sekitar, makanan dan sebagainya.

BACA JUGA: Hanya Dengan RM3K, Korang Boleh Travel Ke Finland Selama 7 Hari. Berbaloi Juga!

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!

BACA JUGA: Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd