Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!

Lelaki Ini Kongsi Itinerari Trip Bajet Ke Turki. RM3,600 Je Seorang!

Bajet yang dikira ini adalah untuk dua orang dan merangkumi tiket penerbangan, perbelanjaan ketika berada di sana, hotel, pengangkutan, aktiviti-aktiviti lain dan sebagainya.

itinerari turki

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengumuman tentang pembukaan sempadan nyata menjadi salah satu perkara yang sudah ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, setelah dua tahun ‘terkurung’ di dalam negara masing-masing, akhirnya dapat juga pergi bercuti.

Perkara pertama yang perlu diambil kira adalah lokasi percutian, total bajet, tempat menarik yang ingin dituju di negara berkenaan, protokol kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya.

Oh! Buku merah jangan lupa untuk perbaharui dan bawa.


Itinerari Bajet Ke Turki.

Turki merupakan salah satu negara yang sering menjadi tumpuan.

Tengok sahaja gambar yang dimuat naik oleh orang ramai yang sudah ke sana, memang terpegun dengan kecantikan negara itu. Ditambah pula belon udara panas yang bertebaran menghiasi langit, indah benar.

Sumber: Travel + Leisure

Teringin nak pergi Turki?

Jangan risau, seorang pengguna Facebook iaitu Encik Fadhil telah berkongsi itinerari bajet ke Turki dengan hanya RM3,600 seorang sahaja. Murah betul.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik semula oleh laman @backpackerzmag.

Baca penuh di bawah:


UL – DOHA – ISTANBUL – BURSA/ULUDAQ – DENIZLI/PAMUKKALE – GOREME/CAPPADOCIA – ISTANBUL – DOHA – KUL.

“Syukur Alhamdulilah hajat nak ke Turkey kesampaian. Tak sangka walaupun dah masuk pertengahan bulan Mac salji masih turun lagi,” tulisnya.

  • Flight Qatar Airways – RM1,312.82 return (diskaun RM580 beli melalui aplikasi AirAsia)
  • Duit belanja – RM1,000 (separuh tukar lira, selebihnya pakai BigPay)
  • Penginapan/Hotel – RM350 x 2
  • Pengangkutan – RM300 x 2
  • Hot Air Balloon – RM460 x 2
  • AIG Insurans – RM160 x 2

Turki, Aku Datang!

Ahad – Isnin (13 – 14 Mac 2022).

  • Ahad, flight Kul – Doha – Saw jam 8:00 malam
  • Isnin, tiba di Airport Saw 6:00 pagi
  • Naik Havabus ke Taksim 37.50 Lira
  • Taksim ke Sultanahmet
  • Check in The Byzantium Suites Hotel & Spa €35 – 1 malam

Selasa – Rabu (15 – 16 Mac 2022).

  • Breakfast / Check out hotel
  • Ferry ke Bursa (1:45 minit) 39 Lira
  • Check in Can Hotel Bursa 240 Lira 1 malam
  • Naik teksi ke Teleferik 10 Lira
  • Teleferik ke Uludaq 250 Lira
  • Naik bas malam Bursa ke Denizli / Pamukkale jam 12:30 malam 155 Lira
  • Tiba di stesen bas Denizli jam 8:00 pagi
  • Pakej day trip ke Pamukkale & Hierapolis 250 Lira
  • Naik bas dari Denizli ke Goreme Cappadocia jam 6:45 petang 200 Lira

Khamis – Jumaat (17 – 18 Mac 2022).

  • Tiba di stesen bas Goreme 3:00 pagi
  • Check-in Cappadocia Cave Rooms €39 2 malam
  • Naik Hot Balloon jam 5:45 pagi €100
  • Breakfast – 1 jam naik ATV 200 Lira
  • Check out hotel, naik teksi dari Goreme ke Nevsehir Airport 350 Lira
  • Tiba di Airport Istanbul 6:00 petang
  • Naik havabus ke Taksim/Taksim ke Sultanahmet
  • Check-in Sultanahmet Suites €32 2 malam

Sabtu – Ahad (19 – 20 Mac 2022).

  • Breakfast
  • Grand Bazaar
  • Pusing-pusing area Istanbul
  • Breakfast/Check out
  • Hagia Sofia
  • Blue Mosque
  • Spice Bazaar
  • Check-in Victorious Hotel €22 1 malam
  • Bosphorus Cruise 2 jam 60 Lira

Isnin – Selasa (21 – 22 Mac 2022).

  • Breakfast/Check out
  • Check-in Hotel Flash Taksim 292.23 Lira 1 malam
  • Galata Tower
  • Taksim Square
  • Istiklal Street
  • PCR test 200 Lira
  • Breakfast/Check out
  • Naik havabus dari Taksim ke Airport Saw 37.50 Lira
  • Flight Saw – Kul 2:00 petang

Rabu (23 Mac 2022).

  • Tiba di KUL Airport 8:00 pagi
  • PCR test Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kuarantin 5 hari di rumah tapi disebabkan result PCR buat kt KLIA tu positif, kena kuarantin 7 hari.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd