Hanya Dengan RM3K, Korang Boleh Travel Ke Finland Selama 7 Hari. Berbaloi Juga!
Ini adalah kos anggaran ‘roadtrip’ lima orang untuk lima hari empat malam (5H4M) dan tidak termasuk tiket penerbangan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setibanya tahun baru, mulalah otak berfikir nak pergi mana tahun ini untuk dijadikan lokasi percutian. Nak pergi waktu musim panas ke, musim sejuk ke, musim bunga ke atau musim luruh? Hmm, itupun pening juga.
Sebab nak ‘pack’ baju-baju yang sesuai dengan cuaca. Terutamanya untuk negara sejuk. Ditambah pula dengan orang ramai yang dilihat ‘melepaskan geram’ setelah beberapa tahun tidak dibenarkan untuk ke luar negara.
Masa inilah kita nak pergi bercuti kembali! 😀
Tapi destinasi dan bajet pun penting! Nak juga ‘explore’ tempat-tempat baru, kan?
Itinerari & Bajet Ke Lapland, Finland.
Seorang pengguna Twitter (@zatilaznina) baru-baru ini telah berkongsi itinerari dan bajet ketika dia serta rakan lain pergi bercuti ke Lapland, Finland semasa musim sejuk.
Bajet yang diperlukan adalah RM3,000 seorang, selama tujuh hari.
Menurutnya, ini adalah kos anggaran ‘roadtrip’ lima orang untuk lima hari empat malam (5H4M) dan tidak termasuk tiket penerbangan. Tambahnya lagi, percutian ini dirancang olehnya enam bulan sebelum untuk mendapatkan harga terbaik bagi tempat penginapan, harga kereta sewa, dan lain-lain.
Nota: Tak ramai orang Malaysia yang datang bercuti ke Lapland oleh kerana mahal dan sukar untuk mendapatkan makanan halal. Walau bagaimanapun, Lapland terdapat banyak tempat yang menjual ikan, terutamanya Salmon. Jadi, ia akan memudahkan anda dalam bab makanan.
Bermula Perjalanan Ke Lapland.
Mereka mengambil kereta sewa di lapangan terbang Stockholm, Sweden dan dari situ mereka memulakan perjalanan untuk ke Lapland.
Kos untuk kereta sewa adalah lebih kurang RM2,300 (tidak termasuk minyak).
Menurutnya, ada juga pilihan lain di mana anda boleh mengambil penerbangan terus ke Rovaniemi, Finland. Tapi disebabkan mereka menginginkan percutian yang santai, mereka membuat keputusan untuk menyewa kereta dan terokai lebih banyak tempat menarik ketika dalam perjalanan ke sana.
Paling seronok bila tengok matahari terbenam di tepi tasik beku. Pukul 2:30 petang pun matahari sudah mula terbenam dan menyajikan pemandangan yang begitu menawan. Ditambah pula dengan pokok-pokok sekeliling yang dipenuhi salji.
MasyaAllah, cantik tak terkata.
Keesokan harinya, mereka meneruskan perjalanan ke Lapland dari Umeå. Di sana mereka meluangkan masa selama 4 hari 3 malam untuk terokai Rovaniemi dan melakukan aktiviti musim sejuk yang menyeronokkan.
Nota: Untuk tempat penginapan, mereka menempah airbnb untuk 5 orang (RM2,000 4D3N). Mereka memilih untuk tinggal di luar bandar supaya dapat menikmati alam semula jadi.
Percutian Di Lapland, Finland.
Untuk hari pertama di Lapland, mereka menghabiskan masa satu hari untuk main snow, naik huskie dan reindeer. Untuk kesemua aktiviti ini, mereka menempah pakej Safartica (Travel Agency) dan memilih pakej ‘Family Day’.
Menurutnya, pakej ini adalah sesuai untuk mereka yang membawa keluarga dan kawan dalam berkumpulan. Kesemua aktiviti adalah termasuk:
- Snow fun.
- Ride huskies & reindeer.
- Makan tengahari.
- Pengangkutan ke Husky Farm.
Harga pula dalam RM800 seorang. Tapi memang berbaloi.
Husky Ride Di Finland.
dan kita juga boleh learn pasal huskies ni, tgk dari dekat huskies2 masa ni.. boleh tangkap gambar banyak2 & selfie jugak 😁 pic.twitter.com/vcRmKGB7eV
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
Reindeer Ride Di Finland.
Nah sis up satu video naik reindeer 😆 pic.twitter.com/0ueXpnBM5W
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
Snow Fun Di Finland.
– Snow Fun
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
So lepas habis naik husky & reindeer, kami ada masa bebas smpai petang untuk main snow & lunch.. Dekat sini mmg child friendly sbb ada bnyk slides/ gelongsor untuk kanak2 main, bina snowman etc.. kita juga boleh bagi reindeer makan dekat sini 😄 pic.twitter.com/YBY1amR7Kp
Snowmobile Di Finland.
Untuk main Snowmobile ini, anda perlu memiliki lesen memandu untuk snowmobile ini terlebih dahulu. Kalau tak ada lesen, boleh duduk di belakang pemandu.
Yang xde lesen memandu dun worry, korang boleh duduk belakang pemandu 😉 Snowmobile ni mmg fun & adrenaline rush punya aktiviti! Macam naik motor atas salji tebal 🤩 Memang syok habis! pic.twitter.com/BQD2TGtBFU
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
Untuk snowmobile ni kami pilih untuk masuk forest so that boleh main puas2 😆 Rate untuk snowmobile RM260/pax for 30mins.. mmg best & recommended untuk winter activity! pic.twitter.com/jZ37oNSRtR
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
Santa Claus Village, Finland.
Korang boleh juga naik reindeer ride dekat sini, ada macam2 aktiviti & banyak kedai souvenir dekat sini 👍 pic.twitter.com/adOY4zRDGQ
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
Nota: Untuk matawang di Finland, mereka menggunakan matawang Euro. Jadi, untuk memudahkan anda ‘convert’ duit, boleh guna aplikasi ‘Wise’ and mohon Kad Debit.
Murah, jimat, dan senang.
Pecahan Kos Percutian Ke Lapland, Finland.
- Kereta Sewa: RM2,300÷5 = RM460/PAX.
- Penginapan: RM2,000 ÷ 5 = RM400/PAX.
- Pakej Aktiviti: RM800/PAX.
- Snowmobile: RM260/PAX.
Nota: Kos adalah tidak termasuk tiket penerbangan.
Seperti yg dijanjikan, sempena new year ni sis nak share itinerary & budget pergi ke Lapland, Finland semasa musim winter (RM3k/pax untuk 7 hari). So jom sis share! 😄 pic.twitter.com/rA0Dl0uEAq
— jatil ajnina (@zatilaznina) January 2, 2023
Macam menarik pula kalau dapat terokai Lapland, Finland ini kan? Terutamanya di musim sejuk.
Untuk korang yang berminat sampai ke Finland, bolehlah menggunakan itinerari dan bajet di atas bagi memudahkan lagi urusan percutian korang! 🙂
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.