Now Reading
Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

Bercuti Ke Hat Yai Dengan Bajet RM450. Puas Makan & Berjalan!

RM450 itu termasuk kos penginapan, pengangkutan, makanan, aktiviti dan membeli buah tangan ketika bercuti ke Hat Yai, Thailand.

Dengan Bajet RM450, Gadis Ini Boleh Bercuti Ke Hat Yai, Thailand. Murahnya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak belakangan ini, Thailand menjadi destinasi tumpuan rakyat Malaysia untuk melancong bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga.

Antara lokasi yang menjadi tarikan orang ramai adalah seperti Hat Yai dan Bangkok. Katanya di sana harga makanan dan barangan lebih murah.

Kebetulan pula perkhidmatan tren shuttle ke dari Padang Besar ke Hat Yai sudah dibuka, makin senang nak bergerak ke negara tersebut.

BACA JUGA: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai

Gadis ini melancong ke Hat Yai, Thailand dengan bajet RM450 je!

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@nelovef4), gadis ini mendedahkan dia hanya menggunakan bajet berjumlah RM450 sahaja ketika melancong ke Hat Yai, Thailand bersama rakan-rakan.

RM450 itu termasuk kos penginapan, pengangkutan, makanan, aktiviti dan membeli buah tangan. Murah kan?

Jom kita tengok macam mana gadis ini mengatur kewangannya mengikut bajet ketika bercuti ke Hat Yai.

Pengangkutan

  • Perjalanan pergi balik menaiki ETS dengan harga RM160.
  • Sewa motor harga 600 Baht (RM70) untuk dua hari. Deposit cuma bayar 200 Baht (RM20).
  • Naik van atau grab pula RM40 seorang.

Penginapan

Manonta Budget Hotel adalah pilihan mereka sebagai tempat penginapan ketika di Hat Yai. Walaupun cuma hotel bajet, tetapi katanya sangat bersih dan minimalis.

Harga seorang dalam anggaran RM79.

Tempat makan yang best

Untuk makan pula, bajet dalam anggaran RM300. Bergantung juga jenis makanan yang anda makan bersama kawan-kawan.

Berikut adalah antara lokasi tempat makan yang dikunjungi oleh mereka.

  • Dimsum Chabura
  • Floating Market
  • Lee Garden Street Foods
  • The Bay Cafe
  • KH BBQ Steamboat

Lokasi aktiviti yang menarik

Di Hat Yai ada banyak tempat best untuk buat aktiviti lasak dan sebagainya. Tapi kalau anda cuma nak berjalan-jalan tengok suasana, lokasi yang gadis ini pergi pun okey juga.

  • Chan Puak Camp
  • Masjid Songkla
  • Pantai Samila
  • Wat Hat Yai Nai

Beli buah tangan dan lain-lain

Kalau pergi bercuti di tempat menarik, mesti kita akan beli ‘ole-ole’ sebagai kenangan betul tak?

Salah satu aktiviti yang banyak ditawarkan di Hat Yai adalah servis manicure, pedicure dan juga mengurut.

Bila dah sampai sana, yang penting sekali jangan lupa beli kad sim telefon. Tak mahal pun dalam RM30 je.


Sebenarnya tak perlu ada bajet yang mahal-mahal pun untuk pergi melancong. Cukup duit untuk makan, tempat tinggal dan pengangkutan pun sudah memadai.

Yang penting dapat kutip pengalaman. Tapi apa-apa pun, kena survey dulu tempat yang anda nak melancong itu ya.

BACA JUGA: Pemuda OKU Kongsi Pengalaman Travel ‘Solo’ Ke Thailand Dari Ipoh Naik Tren


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd