Now Reading
Elak Terdedah Di Kawasan Bakteria Tercemar, Ini Info Tentang Penyakit Melioidosis Yang Anda Perlu Tahu

Elak Terdedah Di Kawasan Bakteria Tercemar, Ini Info Tentang Penyakit Melioidosis Yang Anda Perlu Tahu

Sabah kini mencatatkan 44 kes melioidosis di mana ia meningkat sebanyak 12.8% berbanding jumlah kes yang berlaku pada tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesetengah pihak mementingkan amalan grounding (earthing) di mana mereka akan berada di atas padang berumput untuk tujuan mengurangkan stres serta mendekati alam.

Selain duduk santai, ada juga yang memilih untuk melakukan aktiviti sukan seperti bermain bola sepak, ragbi, frisbee dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sesetengah kawasan berumput sebenarnya boleh memberi bahaya kepada tubuh badan manusia seperti mana yang sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar negeri Sabah.


Sabah Kini Dilanda Kes Melioidosis

Memetik laporan Berita Harian, Sabah kini mencatatkan 44 kes melioidosis di mana ia meningkat sebanyak 12.8% berbanding jumlah kes yang berlaku pada tahun lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna, empat daerah tertinggi yang dilaporkan mengalami kes tersebut adalah:

  • Sandakan (12 kes)
  • Kota Kinabalu (11 kes)
  • Papar (5 kes)
  • Penampang (5 kes)
  • Sipitang (2 kes)
  • Keningau (2 kes).

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan satu kes penyakit berjangkit melioidosis ini pada 11 Mac lalu selepas isu berkenaan tular berlaku melibatkan individu yang berada di Padang Ragbi, Tanjung Aru, Sabah.

“Sampel tanah sudah diambil di lokaliti berkenaan berdasarkan pergerakan kes yang pernah bermain ragbi di padang ragbi itu. Satu sampel didapati positif dengan bakteria Burkholderia pseudomallei iaitu agen penyebab kepada penyakit melioidosis.

“Pesakit memberikan sejarah mengalami luka di bahagian kaki semasa bermain ragbi yang mungkin menyebabkan jangkitan kepada beliau,” jelas Datuk Dr Asits Sanna.


Apa Itu Penyakit Melioidosis?

Memetik sumber MyHealth, penyakit Melioidosis ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.

Penyakit ini boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan langsung dengan tanah, udara dan air yang tercemar.

Melioidosis ini didapati sering berlaku di kawasan endemik melibatkan negara-negara yang beriklim tropikal seperti di Asia Tenggara dan juga utara Australia.

Sumber: MyHealth
Gejala Penyakit Melioidosis

Petanda bagi gejala penyakit ini mempunyai beberapa kategori seperti berikut:

  • Jangkitan setempat (Localizes infection)
    • Bengkak, demam, kudis dan bernanah.
  • Jangkitan paru-paru (Pulmonary infection)
    • Batuk, sakit dada, demam panas, sakit kepala dan anorexia.
  • Jangkitan darah (Bloodstream infection)
    • Demam, sakit kepala, sakit sendi, masalah pernafasan dan ketidakselesaan abdomen.
  • Jangkitan disebarkan (Disseminated infection)
    • Susut berat badan, sakit perut atau sakit dada, sakit otot atau sakit sendi, sakit kepala dan sawan.

Gejala-gejala ini kebiasaannya akan muncul dua hingga empat minggu selepas terdedah dengan bakteria penyebab kes ini.

Bakteria Burkholderia pseudomallei. (Sumber: Microbe Canvas)
Golongan Berisiko Tinggi Untuk Terkena Jangkitan

Bagi mereka yang menghidap beberapa penyakit lain, golongan ini lebih berbahaya dan mempunyai risiko tinggi untuk terkena jangkitan.

Antaranya:

  • Penghidap kencing manis (diabetes)
  • Penghidap penyakit hati
  • Penghidap penyakit buah pinggang
  • Penghidap talasemia
  • Penghidap kanser atau penyakit sistem imun
  • Penghidap penyakit paru-paru kronik
Cara Untuk Mencegah Penyakit Melioidosis
Sumber: MalayMail/Pexels

Sehingga kini, masih belum wujud vaksin untuk mencegah penyakit ini tetapi terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan seperti:

  • Pesakit kencing manis atau pesakit buah pinggang kronik yang mempunyai luka terbuka harus mengelakkan dari melakukan sentuhan langsung dengan tanah serta air tercemar.
  • Peladang perlu memakai but yang boleh menghalang jangkitan melalui kaki.
  • Pekebun harus memakai sarung tangan ketika melakukan aktiviti berkebun.
  • Pekerja penjagaan kesihatan perlu memakai topeng, sarung tangan, dan baju plastik semasa menguruskan pesakit.

Namun begitu, pesakit juga boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentuk bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih teruk.

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Ahli Politik Kenang Zaman Kanak-kanak, Seolah-olah Menggalakkan Main Air Banjir

Baca Artikel Berkaitan: Virus Nipah Undang Maut, Ini Penjelasan Doktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd