Now Reading
Malaysia Jadi Negara Pertama Tahun Ini Terima Visa Haji Dari Arab Saudi

Malaysia Jadi Negara Pertama Tahun Ini Terima Visa Haji Dari Arab Saudi

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Malaysia menjadi negara pertama yang membuat permohonan visa haji selepas permohonan dibuka melalui sistem.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Musim haji pada tahun ini bakal tiba sekitar bulan Jun ini. Susulan itu, ramai umat Islam yang terpilih di Malaysia akan mengerjakan ibadah haji di kota Mekah dan Madinah.

Pastinya ia adalah momen yang cukup indah bagi sesetengah pihak apabila nama mereka akhirnya telah tersenarai untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.

Bertuah sungguh mereka yang diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: “Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah


Visa Haji Pertama Dari Arab Saudi Diberikan Kepada Malaysia

Bagi proses ibadah haji pada tahun ini, jemaah dari Malaysia menjadi jemaah pertama di dunia yang berjaya mendapat visa haji dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Ia susulan usaha dan persiapan awal oleh Tabung Haji (TH), lapor Berita Harian.

Sumber: Pexels

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Malaysia menjadi negara pertama yang membuat permohonan visa haji selepas permohonan dibuka melalui sistem.

Dengan adanya keupayaan daripada sudut komitmen warga kerja dan sistem sedia ada, apabila permohonan visa dibuka kita yang pertama sekali uruskan dengan cepat, itu asasnya dan sudah tentu melalui perjanjian yang kita uruskan daripada awal maka ia menjadi lebih mudah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Berikutan kejayaan tersebut, Mohd Na’im mengucapkan tahniah kepada pihak TH atas kecekapan mereka dalam bekerja dan memudahkan pengurusan ibadah haji bagi rakyat Malaysia.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada TH atas kecepatan agensi kita ini sehingga berjaya mendapatkan visa awal daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Sumber: Pexels

Bakal Jemaah Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio

Sebagai info, kerajaan Arab Saudi pada April tahun lalu telah mewajibkan kesemua bakal jemaah haji untuk memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio sebelum menyerahkan pasport ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran.

Perkara ini adalah bertujuan memudahkan para jemaah untuk membuat permohonan visa haji ke Arab Saudi.

Selepas anda memuat naik aplikasi berkenaan, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan iaitu:

  • Melengkapkan alamat e-mel.
  • Memuat naik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia.
  • Membuat imbasan muka.
  • Membuat imbasan 10 jari (biometrik).

Kemudian para bakal jemaah haji akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi bagi memaklumkan bahawa maklumat peribadi anda telah berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi berkenaan.

Aplikasi tersebut boleh dimuat naik melalui platform Google Play Store atau Apple App Store.

Baca Artikel Berkaitan: Tular 380 Jemaah Haji Terkandas, Kenali Apa Itu Visa Furada & Risikonya

Baca Artikel Berkaitan: 150 Hari Kembara Berbasikal Dari KL, 3 Rakyat Malaysia Sampai Di Madinah Untuk Tunaikan Haji

Baca Artikel Berkaitan: Topik Ambil Pinjaman Bank Untuk Pergi Haji & Umrah Jadi Perdebatan Di Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd