Now Reading
Pertama Kali Tunai Umrah? Ini 10 Tips Urus Wang Di Sana

Pertama Kali Tunai Umrah? Ini 10 Tips Urus Wang Di Sana

Antara tips penting tentang kewangan bagi mereka yang pertama kali menunaikan Umrah adalah untuk membawa ubat-ubatan sendiri kerana kos di Mekah serta Madinah agak mahal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perasaan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan. Pastinya cukup sebak dan menyentuh hati.

Kerana bagi umat Islam, kedua-dua tempat ini adalah lokasi ‘healing’ yang paling menenangkan sambil mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Percaya atau tidak, kebanyakan individu yang pernah melawat kota suci itu akan berkata mereka seolah-olah rasa seperti tidak mahu pulang ke negara asal dan berkeinginan untuk terus menetap di sana.


Tips Tentang Kewangan Ketika Tunai Umrah

Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci tersebut, pastinya anda berasa sangat teruja kerana bukan semua orang berpeluang untuk berada di sana.

Di sebalik perasaan gembira itu, ada beberapa perkara yang perlu pelajari bagi memudahkan segala urusan ketika berada di Mekah dan Madinah.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman X (@twt_bajet), pengguna ini tampil berkongsi beberapa tips tentang kewangan kepada mereka yang pertama kali berkunjung ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Antara tips yang diberikan adalah:

#1. Kos Ubat
Sumber: Pexels

Difahamkan kos untuk membeli ubat di sana agak mahal. Jadi untuk menjimatkan wang, lebih baik jika anda membawa sendiri ubat-ubatan asas. Sekiranya anda mengalami batuk atau demam, ia adalah perkara biasa kerana faktor perubahan cuaca.

#2. Kos Dobi
Sumber: Pexels

Bagi mereka yang bercadang untuk membasuh baju menggunakan perkhidmatan dobi, ia adalah sekitar RM18.90 sehingga RM25.90 (15-20 Riyal) untuk sekilogram. Sebagai info, tiada servis dobi layan diri ya di sana.

#3. Makanan Malaysia
Sumber: X (@twt_bajet)r

Kalau tiba-tiba tekak anda terasa nak makan makanan Malaysia, boleh berkunjung ke D’saji dan Ikhwan di Safwah Tower Mekah.

#4. Sarapan Ala-ala Orang Arab
Sumber: Facebook Al Waqar Travel Sdn Bhd

Jika mahu bersarapan ala-ala orang Arab di Madinah, boleh pergi ke Syari’ Qurban dengan berjalan kaki sekitar 1.5 kilometer atau menaiki prebet. Katanya di situ ada jual sup kaki kambing serta hati unta.

#5. Minyak Wangi
Sumber: Abdul Samad Al Qurashi/ Pexels

Syarikat minyak wangi yang menaja buah Masjidil Haram adalah Al-Qurashi. Kalau anda mahu membelinya sebagai kenangan, lebih baik ambil minyak attar berbanding jenis minyak wangi kerana ‘pure oil’ lebih tahan lama.

#6. Membeli-belah di Madinah
Sumber: zamzam

Bagi anda yang mahu membeli-belah, di Madinah adalah lebih santai kerana tidak terlalu ramai orang seperti di Mekah. Tetapi jika dibandingkan dari segi pilihan, Mekah mempunyai pilihan yang lebih banyak berbanding di Madinah.

#7. Tempahan Slot Raudhah
Sumber: NU Online Jatin

Kepada anda yang mahu membuat tempahan slot untuk memasuki Raudhah, pilihan waktu sebelum solat adalah tempoh yang terbaik. Mana tahu ada rezeki boleh melaksanakan solat fardu di sana.

#8. Sos Paket
Sumber: Facebook

Untuk penggemar makanan pedas, boleh bawak sos paket sendiri.

#9. Servis Skuter Untuk Warga Emas
Sumber: Al Arabiya News

Sekiranya anda membawa warga emas bersama ketika melaksanakan Umrah dan mereka tidak berdaya melakukan tawaf serta saei, boleh juga menggunakan servis skuter yang disediakan. Harga adalah sekitar RM126.20 (100 Riyal).

#10. Scammer
Sumber: Freepik

Oleh kerana menjadi lokasi tumpuan masyarakat seluruh dunia, anda perlu berhati-hati dengan scammer terutamanya di tempat ziarah seperti Padang Arafah. Antara taktik scammer adalah meminta caj yang tinggi selepas menawarkan diri untuk mengambilkan gambar.


Kebaikan Melakukan Ibadah Umrah

Ibadah umrah berbeza dengan haji.

Ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala haji pula hanya dilakukan pada musim haji sahaja iaitu ketika bulan Zulhijjah.

Sumber: Pexels

Ramai yang berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah umrah ini kerana mempunyai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya:

  • Menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci.
  • Setiap amal ibadah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
  • Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan umrah.
  • Pahala melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai pahala melakukan ibadah haji.
  • Menghapuskan dosa dan kefakiran.

Semoga setiap umat Islam dimurahkan rezeki untuk berkesempatan dijemput menjadi tetamuNya ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah mulia ini.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!

Baca Artikel Berkaitan: Umrah: Beribadah Atau Melancong?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd