Now Reading
“Sangat Hina” – Netizen Berang Lihat Lelaki Lamar Kekasih Sambil Melutut Di Madinah

“Sangat Hina” – Netizen Berang Lihat Lelaki Lamar Kekasih Sambil Melutut Di Madinah

Lelaki yang dilihat melamar kekasihnya sambil melutut di hadapan Masjid Nabawi, Madinah itu kemudian menyarungkan cincin ke jari wanita berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masjid Nabawi, Madinah merupakan masjid kedua paling suci dalam agama Islam selepas Masjid al-Haram atau Masjidilharam di Mekah.

Masjid yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW itu telah menjadi destinasi terkenal dalam kalangan masyarakat yang menunaikan ibadah haji dan umrah pada setiap tahun.

Walaupun begitu, terdapat beberapa adab dan pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang berada di sana bagi menjaga kesucian kawasan tersebut antaranya melakukan perkara bidaah dan tidak berbuat kasar.

Malah kita juga dinasihatkan untuk menjaga tingkah laku dan perkara yang sia-sia sepanjang di sana.


Lelaki Lamar Kekasih Sambil Melutut Depan Masjid Nabawi, Madinah

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @MuneebMy_), menyaksikan seorang lelaki sedang melamar pasangannya di depan hadapan Masjid Nabawi, Madinah.

Lelaki itu dilihat melutut kemudian menghulurkan cincin kepada wanita muslim tersebut.

Mungkin tidak sangka dengan kejutan itu, wanita tersebut dilihat tergamam sebelum dia menghulurkan jari untuk disarungkan cincin oleh kekasihnya.

Walaupun menghalalkan sesuatu hubungan itu adalah perkara yang dituntut dalam Islam, namun individu yang memuat naik semula hantaran berkenaan tidak bersetuju dengan cara kekasih lelaki tersebut melamar bakal isterinya.

Pengguna X itu berasa risau sekiranya hantaran tular itu menyebabkan orang ramai terikut dengan trend yang sering dilakukan oleh masyarakat Barat.

“Orang Malaysia jangan buat perangai macam ni depan Kaabah atau depan masjid Nabi. Ini proposal budaya barat yang tak perlu diikut,” ujarnya.

Sumber: X (Twitter @MuneebMy_)

Reaksi Netizen Lihat Lelaki Lamar Kekasih Depan Masjid Nabawi

Menjengah ke ruangan balas ciapan itu, ada pengguna laman X yang tidak pasti sama ada perkara tersebut masih menjadi satu kesalahan sekiranya pasangan tersebut telah pun berkahwin.

Membalas kepada persoalan itu, Muneeb berkata adalah sebaiknya sekiranya orang ramai menghindari aksi sedemikian agar tidak berlakunya sebarang fitnah.

“Walaupun dah kahwin, boleh ke bercumbuan di tempat awam? Itu sahaja analoginya,” kata Maheeb.

Sementara itu, ada juga warganet yang mengkritik pasangan tersebut kerana berani berpegang tangan walaupun belum berkahwin.

“Dekat tanah suci pun dah berani pegang sebelum kahwin. Bila hidup demi content dan like, sampai agama pun dibuat main,” kata seorang wanita.

Sumber: X (Twitter @MuneebMy_)

Hukum Lamar Wanita Secara Terbuka Di Khalayak Ramai

Melamar seorang wanita secara umum di khalayak ramai merupakan adat yang tidak asing di Barat.

Namun, aksi tersebut bukanlah sesuatu budaya agama Islam bahkan masyarakat Melayu. Rasulullah SAW bersabda:

“مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ”

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”

[Riwayat Abi Daud (4031)]

Menurut sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkara tersebut kurang digalakkan dalam Islam kerana ia mampu mencalarkan maruah seseorang jika pasangan tidak menerima lamaran tersebut.

Selain itu, lamaran atau pinangan di khalayak ramai secara terbuka akan memberi tekanan kepada kedua-dua pihak iaitu lelaki dan perempuan dalam menerima serta memberi jawapan dengan kadar segera.

Sedangkan dalam Islam, kedua-dua pihak diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak bagi mengahwini antara satu sama lain.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Hukum Melamar Di Hadapan Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd