Now Reading
Mufti Perjelas Hukum Melamar Di Hadapan Orang Ramai

Mufti Perjelas Hukum Melamar Di Hadapan Orang Ramai

Islam membudayakan lamaran secara tertutup melalui wali dan bukannya di hadapan khalayak ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau tengok filem-filem romantik, mesti ramai yang familiar dengan babak lelaki melamar pasangan mereka di hadapan khalayak ramai.

Sehinggakan perbuatan itu sudah dianggap biasa dan menjadi budaya dan ikutan masyarakat.

Sumber: Real News

Tapi, boleh ke buat macam tu dalam Islam? Mesti ramai yang tertanya-tanya juga kan?

Mufti beri penjelasan

Peka dengan keadaan sekeliling, Mufti Wilayah Persekutuan terpanggil untuk memberi penjelasan tentang hukum melamar di kawasan orang ramai.

Menurutnya, perbuatan tersebut berkait rapat dengan adat dan budaya masyarakat setempat.

Tetapi, perbuatan melamar secara terbuka itu bukan budaya yang diamalkan dalam agama Islam dan perlu dijauhkan.

Kenapa budaya itu perlu dielakkan? Kerana untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.

Sumber: iStock

Islam ajar untuk melamar secara tertutup sahaja

Selain untuk menjaga maruah, tempoh masa untuk membuat keputusan peribadi juga perlu dipertimbangkan.

Nak kahwin bukan perkara main-main. Jadi, keputusan besar dalam hidup kita tak boleh dibuat dalam waktu yang sangat singkat.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

أَنَّ امْرَأَةً، مِنْ وَلَدِ جَعْفَرٍ تَخَوَّفَتْ أَنْ يُزَوِّجَهَا وَلِيُّهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ فَأَرْسَلَتْ إِلَى شَيْخَيْنِ مِنَ الأَنْصَارِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمُجَمِّعٍ ابْنَىْ جَارِيَةَ قَالاَ فَلاَ تَخْشَيْنَ، فَإِنَّ خَنْسَاءَ بِنْتَ خِذَامٍ أَنْكَحَهَا أَبُوهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ، فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ذَلِكَ‏

“Seorang wanita berketurunan Ja’far merasa takut sekiranya walinya ingin menikahkannya di luar kemahuannya. Jadi, dia mengutus utusan kepada dua orang lelaki Ansar; Abdul Rahman dan Mujammi’, dua orang anak Jariyah dan mereka merasa kedua-duanya mengatakan kepadanya, “Janganlah engkau merasa takut. Sesungguhnya Khansa’ binti Khidzam telah dinikahkan oleh bapanya di luar kemahuannya, lalu Baginda Nabi SAW membatalkan perkahwinan tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (6969)


Perkara yang tidak diingini seperti lamaran ditolak di hadapan orang ramai dapat dielakkan sekiranya pinangan dibuat melalui wali.

Cuba bayangkan, lelaki melamar secara terbuka tetapi wanita tersebut menolak lamarannya. Mesti maruah lelaki itu tercalar, betul tak?

Sumber: SoraNews24

Kesimpulan

Untuk pihak lelaki yang sudah berhasrat untuk meminang gadis pilihan, buatlah dengan cara yang memenuhi syarak dan beradab.

Sumber: Muslim.Sg

Islam secara jelasnya TIDAK MENGAMALKAN budaya melamar secara terbuka dan lebih kepada secara tersembunyi atau tertutup melalui wali.

Budaya melamar di khalayak orang ramai itu seolah-olah ingin mengikut budaya Barat.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”

Riwayat Abi Daud (4031)

Sumber: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd