Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!

Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!

Percaya dan yakinlah yang Allah SWT akan menjaga hambaNya sepanjang menjadi tetamu Dia selagi kita menjaga adab-adab selama keberadaan di sana.

tips sebelum umrah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Susulan pembukaan sempadan negara baru-baru ini yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke luar negara, menunaikan ibadah umrah, haji, dan sebagainya.

Setelah sekian lama tidak dapat menjejakkan kaki di luar Malaysia, inilah masanya untuk kembali bercuti dan menyelesaikan segala perancangan yang tertangguh sebelum ini.

Credit: Malay Mail

Tapi yang paling dirindui adalah Tanah Suci Mekah.

Buat mereka yang pernah menjejakkan kaki di sana, pasti merindui perasaan dan suasana tenang ketika berada di Mekah. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya boleh merasai dan disemadikan di dalam diri.

BACA JUGA: [Video] Adik ‘Sponsor’ Kakak Tunai Umrah Di Tanah Suci Untuk Balas Jasa Menjaga Ibu


Tips Persediaan Untuk Umrah.

Seorang pengguna Twitter (@ardnie) telah berkongsikan beberapa tips penting untuk dipraktik sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Penting ya.

Baca tips penuh di bawah:

Seperti yang dilihat dan segelintir daripada kita juga mempunyai pengalaman tersendiri di mana jemaah lain akan sedikit kasar tanpa mengira jantina. Walau bagaimanapun, anda dinasihati untuk tidak berbuat sedemikian.

Biar orang lain buat, kita tak perlu ikuti.

Di sana memang kita akan melihat orang ramai berlari seolah-olah dikejar oleh seseorang. Ini kerana mereka sedang berebut untuk menjadi yang pertama dan duduk di hadapan ketika solat.

Tapi anda disarankan untuk tidak melakukan perkara sama.

Jalan dengan cermat, jangan gopoh.

Bab air zam-zam pula, jangan suka membazirkan air tersebut hanya kerana ianya percuma di sana. Makan dan minum juga jangan pernah komplen tak sedap, kurang garam, kurang pedas, dan sebagainya.

Makan sahaja dan mensyukuri nikmat yang diberikan itu.

Solat sunat selepas solat fardhu selalunya dilakukan selepas solat jenazah. Di sana, solat ini adalah begitu besar. Jangan sesekali tinggal, pahalanya juga besar.

Sekali lagi, kalau nak ke Hajarul Aswad jangan menolak-nolak orang. Kekal tenang dan relaks sahaja. Itu adalah rumah Allah paling suci, jadi adab perlu dijaga.

Tapi dalam masa yang sama, anda perlu berhati-hati sebab nanti terjatuh dan sebagainya. Yang pakai spek, boleh buka dahulu. Jatuh pecah pula nanti.


Tips Tambahan.

Ada beberapa tips tambahan yang dikongsikan oleh lelaki ini. Antaranya adalah:

  • Dua-dua masjid sangat besar dan luas. Akan banyak sangat berjalan. Ingat, kita tetamu Allah SWT di sana. Kita jaga adab dan tingkah laku, Insyaallah, Allah SWT akan jaga kita. Betis kaki selalunya akan keras dan lenguh lepas banyak jalan di mana-mana pun. Sini pun sama.
  • Tiap kali nak masuk tidur, selain baca surah-surah sunat, doa mintak Allah SWT permudahkan semua urusan waktu di sana, doa supaya Allah SWT ambil semua keletihan dan penat berjalan tak kisah walau dapat tidur cuma 2 jam sekalipun.
  • Percaya dan yakinlah yang Allah SWT akan jaga kita sepanjang kita jadi tetamu Dia selagi kita jaga adab-adab, InsyaAllah kaki kita takkan rasa lenguh, penat dan betis keras lepas berjalan berjam-jam macam selalu walaupun cuma dapat tidur 2-3 jam saja waktu malam masa di sana.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd