Now Reading
Umrah: Beribadah Atau Melancong?

Umrah: Beribadah Atau Melancong?

Pengalaman mengerjakan umrah sememangnya boleh menjadi ‘hadiah’ untuk dikongsikan atau diceritakan kepada mereka yang masih belum berkesempatan untuk beribadah di tanah suci.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila ditanya kepada semua umat Islam, pasti setiap daripada mereka memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji atau umrah.

Siapa yang pernah pergi ke tanah suci, tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaaan istimewa berada di sana.

Setiap ibadah yang dilakukan di sana juga akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

BACA JUGA: “Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

Pendakwah Kongsi Erti Sebenar Yang Perlu Diamati Ketika Melakukan Ibadah Di Tanah Suci

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Maulana Wan Helmi Wan Mohamed berkongsi kepada orang ramai tentang erti sebenar yang perlu diamati oleh umat Islam ketika menunaikan ibadah umrah.

Sumber: adliwahid/Pixabay

Dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok (@elbacuki), pendakwah tersebut menjelaskan bahawa umat Islam yang datang untuk beribadah seharusnya menyemai dua perasaan penting ketika menghadap Allah SWT iaitu perasaan takut jika amal ibadah tidak diterima dan berharap agar diberikan pengampunan.

Namun kemajuan teknologi dengan adanya telefon bimbit membuatkan segelintir individu leka untuk kekal fokus beribadah.

Kalau zaman dulu, umat Islam yang datang ke tanah suci Mekah akan fokus beribadah sehingga menitiskan air mata saat azan berkumandang pada setiap kali masuk waktu solat.

Pendakwah bebas Maulanan Wan Helmi Wan Mohamed.

Ibadah Umrah Seharusnya Beri Impak Positif Kepada Iman Seseorang

Pada masa sama, Maulana juga menyatakan pendapat bahawa ibadah umrah yang dilakukan seharusnya membuatkan seseorang itu lebih bersemangat untuk memperbanyakkan ibadah mereka dan meluangkan lebih banyak masa di atas sejadah.

Nenek moyang kita dahulu akan meluangkan lebih banyak masa beribadah di atas sejadah selepas mereka pulang dari mengerjakan ibadah haji atau umrah. Malah, ada juga yang secara sukarela masuk ke pengajian tahfiz bagi mempelajari dengan lebih mendalam tentang agama Islam.

Pendakwah bebas Maulanan Wan Helmi Wan Mohamed.
Sumber: Instagram/@maulana_helmi78

Menurutnya lagi, kemodenan telah menghilangkan kesan rohani yang sepatutnya dibawa balik dan dikongsikan kepada ahli keluarga.

Pengalaman mengerjakan umrah boleh menjadi ‘hadiah’ terbaik yang boleh diberikan atau diceritakan kepada mereka yang masih belum berkesempatan untuk beribadah di tanah suci.

Ramai yang balik dari Umrah akan membawa balik cenderamata kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Tetapi ‘hadiah’ berbentuk barangan itu hanya bersifat sementara. ‘Hadiah’ yang sebenar adalah apabila kita berkongsi pengalaman istimewa ketika berada di Mekah dan Madinah.

Pendakwah bebas Maulanan Wan Helmi Wan Mohamed.
@elbachuki

Hadir ke tanah suci perlu ilmu dan tawajjuh (fokus hati) kepada Allah, agar ibadah diterima, dosa diampunkan dn kepulangan kita mmbawa perubahan dlm diri, keluarga dan ummat #tanahsucimakkah #rinduharamain♥️ #tipsumrah #penyucianjiwaditanahsuci #ikhlas #hajiumrah #masjidilharam #masjidnabawi

♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Semoga kita sama-sama mengambil pandangan yang dilontarkan oleh pendakwah ini sebagai iktibar dan muhasabah kembali diri kita.


Kebaikan Melakukan Ibadah Umrah

Ibadah umrah berbeza dengan haji.

Ibadah umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa manakala haji pula hanya dilakukan pada musim haji sahaja iaitu ketika bulan Zulhijjah.

Ramai yang berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah umrah ini kerana mempunyai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Antaranya:

  • Menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci.
  • Setiap amal ibadah akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
  • Tidak dihisab jika meninggal dunia semasa menunaikan umrah.
  • Pahala melakukan umrah di bulan Ramadan menyamai pahala melakukan ibadah haji.
  • Menghapuskan dosa dan kefakiran.

Semoga setiap umat Islam dimurahkan rezeki untuk berkesempatan dijemput menjadi tetamuNya ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah mulia ini.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Cara Tunai Umrah DIY Tanpa Guna Ejen

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Tips Sebelum Tunai Ibadah Umrah. Penting Untuk Dipraktik!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd