Now Reading
“Moga Tiada Isu Lepas Ni” – UAI Lulus Tauliah Ceramah Oleh Maidam

“Moga Tiada Isu Lepas Ni” – UAI Lulus Tauliah Ceramah Oleh Maidam

Tauliah yang diterima oleh UAI sah sepanjang tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028 bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam.

UAI tauliah lulus

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kuliah agama adalah satu aktiviti dakwah yang sangat bermanfaat buat kalangan masyarakat setempat.

Aktiviti agama seperti ini bukan sahaja mampu meningkatkan ilmu anda malah dapat mengeratkan hubungan sila­turahim sesama umat Islam apabila mereka berjumpa di surau dan masjid.

Kepada para Muslim, luangkanlah masa anda sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk ke tempat beribadah terdekat bagi menyertai program dakwah seperti ini. Banyak pahalanya.


UAI Terima Tauliah Ceramah & Mengajar Daripada MAIDAM

Sebelum ini, pernah tular di media sosial tentang isu penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang didakwa tidak mempunyai tauliah untuk berkongsi ilmu kuliah dan ceramah di Terengganu.

Isu ini telah menimbulkan kerisauan orang ramai tentang kredibilitinya untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

Untuk info, kenyataan bahawa UAI tidak mempunyai tauliah telah disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada bulan Mac lepas.

Beliau bagaimanapun disahkan telah menerima tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Untuk makluman, tauliah yang diterima olehnya sah sepanjang tempoh lima tahun bermula 1 Julai 2023 sehingga 30 Jun 2028 bagi menyampaikan ceramah umum dan mengajar agama Islam berkitab.

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

Ceramah Atau Kuliah Oleh Mana-mana Pihak Memerlukan Kelulusan Tauliah

Menurut Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu M. Rozi Bidin, UAI bersama beberapa individu lain telah datang ke JHEAT untuk memohon tauliah berkenaan secara sukarela.

Selepas permohonan dilakukan, proses seterusnya diteruskan dengan membentangkan hasil temuduga itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam Maidam sebelum kelulusan tauliah dikeluarkan.

Ketika pilihan raya sebelum ini, Yang Dipertua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail memaklumkan bahawa individu yang mempunyai tauliah sahaja diberi kelulusan untuk menyampaikan ceramah atau kuliah di surau mahupun masjid sekitar Terengganu.

Tambah beliau, larangan ini juga tertakhluk kepada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara yang sering menggunakan tempat ibadah atas unsur parti politik.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Comel Lah Ustaz”- Gelagat UAI Ketika Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Hidup Ikut Netizen Ke Hadis?” – UAI Selar Kenyataan ‘Abang Tesla’ Tentang Kahwin Dua

Sumber: Harian Metro | Utusan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd