Now Reading
“Hidup Ikut Netizen Ke Hadis?” – UAI Selar Kenyataan ‘Abang Tesla’ Tentang Kahwin Dua

“Hidup Ikut Netizen Ke Hadis?” – UAI Selar Kenyataan ‘Abang Tesla’ Tentang Kahwin Dua

Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa kenyataan Abang Tesla tentang isteri pertama untuk dihargai manakala isteri kedua untuk dicintai adalah tidak mengikut hadis dan al-Quran.

abang tesla

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut ‘Abang Tesla’, mesti ramai rakyat Malaysia yang akan terus teringat kisah seorang lelaki yang berkongsi video isteri pertamanya menangis beberapa jam sebelum dimadukan dengan wanita lain.

Lelaki itu menjelaskan bahawa dia lebih rela jujur dengan isterinya tentang hasrat untuk berkahwin dua daripada terpaksa berbohong.

Video yang menunjukkan ‘Abang Tesla’ itu memujuk isterinya untuk berpoligami juga mendapat perhatian ramai termasuklah segelintir artis wanita seperti Nabila Huda dan Shila Amzah.

Lebih menimbulkan perdebatan lagi adalah apabila ‘Abang Tesla’ itu mengeluarkan kenyataan bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

Artikel Berkaitan: Video Tular ‘Abang Tesla’ Pujuk Isteri Minta Izin Poligami Raih Kecaman Netizen


Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bidas Ungkapan Yang Dikeluarkan Oleh ‘Abang Tesla’

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok milik penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (@ustaz.azhar.idrus), beliau dilihat membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘Abang Tesla’ tentang isteri pertama dan kedua.

Tegasnya, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali kerana tidak disebut di dalam kitab suci al-Quran atau hadis.

Adakah betul isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai? Jawapannya betul. Orang ini sudah tidak betul. Hidup kita kena ikut netizen ke ikut hadis? Kita ikut netizen, sesatlah kamu jumpa api neraka.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Dalam pada itu, UAI juga menasihati orang ramai supaya hanya memuat naik perkara yang memberi kebaikan sahaja.

Hari-hari buat status. Ada yang betul ada yang mengarut. Kerana apa? Nak tunjuknya pandai tulis status. Tak salah kita buat status hari-hari tapi biar benda yang betul. Kadang-kadang benda yang salah dari segi akidah, agama, budaya.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Suami Yang Bagus Adalah Suami Yang Berbuat Kepada Isteri

Tambah UAI lagi, kenyataan ‘Abang Tesla’ itu boleh mengguris hati wanita yang bergelar isteri pertama.

UAI juga memberi penjelasan berdasarkan hadis Rasulullah SAW bahawa suami yang baik adalah suami yang berbuat baik kepada isterinya.

Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) dan akan ditanya di akhirat. Sebab itu nabi kata suami yang baik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri. Kalau ucapan kita buat bini kita sakit hati, adakah kita yang terbaik?

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Perkongsian video oleh UAI itu mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@ustaz.azhar.idrus

Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Di Cintai? @Ustaz Azhar Idrus Official #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uai #uaioriginal #tanyalahustaz #ustazazhar #malaysia #abangtesla

♬ Emotional – Bang Nono

Pelbagai Reaksi Dari Netizen Selepas Dengar Penjelasan Dari Ustaz Azhar Idrus

Rata-rata berpuas hati mendengar penjelasan yang diberikan oleh penceramah bebas itu berkaitan kenyataan isteri pertama dan kedua yang dikatakan oleh ‘Abang Tesla’.

Malah, netizen juga dilihat agak bengang dengan tindakan ‘Abang Tesla’ yang mengeluarkan kenyataan tersebut yang kononnya ia dipelajari daripada seorang ustaz.

Sumber: TikTok

Poligami Dalam Islam

Berbicara tentang poligami, ia adalah topik yang agak hangat diperkatakan dalam kalangan masyarakat kerana meraih pelbagai pendapat daripada orang awam.

Poligami membawa maksud seseorang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu tanpa menceraikan isteri yang lain.

Mengikut hukum yang ditetapkan dalam agama Islam, berpoligami adalah tidak salah dan ia merupakan perkara sunnah, dengan syarat perlu menepati syarat seperti berkemampuan serta adil.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd