Now Reading
Mangsa Nahas Helikopter Di Lumut Dikira Sebagai Syahid Akhirat – UAI

Mangsa Nahas Helikopter Di Lumut Dikira Sebagai Syahid Akhirat – UAI

Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa umat Islam yang yang terkorban dalam nahas ini dikategorikan sebagai syahid akhirat dan wajib dimandi, kafan serta disolatkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Syahid adalah impian setiap umat Islam kerana memiliki kelebihan seperti diampunkan segala dosa dan dilindungi dari azab kubur.

Tetapi hanya insan-insan terpilih sahaja yang ditentukan oleh Allah SWT untuk diberikan ganjaran mati syahid ini.

Sebagai contoh, umat Islam di Gaza yang maut akibat serangan tentera Israel adalah salah satu golongan yang diberikan ganjaran syahid dan dijanjikan syurga buat mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Syahid & Hilang Di Gaza Cecah 26,700 Individu Akibat Serangan Berterusan Oleh IDF

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Korban Gempa Bumi Turkiye & Syria Adalah Mati Syahid, Jelas Bekas Mufti N9


Mangsa Tragedi Helikopter TLDM Dianggap Sebagai Syahid Akhirat

Berita mengenai kemalangan melibatkan tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlanggar semalam (23 April) mencetuskan rasa dukacita dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lebih menghibakan lagi adalah apabila kesemua 10 mangsa dilaporkan maut dan tiada yang selamat.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sangka Itu Kali Terakhir Jumpa” – Bekas Rakan Sekelas Sebak Dengar Berita Pemergian Mangsa Helikopter Di Lumut

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Ibu Dah Tiada, Bacalah Ini” – Hantaran Lama Mangsa Kemalangan Helikopter Di Lumut Buat Ramai Sebak

Memetik sumber Kosmo, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa umat Islam yang terkorban dalam nahas ini dikategorikan sebagai syahid akhirat.

Sumber: X

Oleh kerana itu, kesemua mayat wajib dimandi, dikafan dan disolatkan seperti jenazah umat Islam yang lain.

Syahid dunia, mati ketika berperang dengan tentera kafir (jenazah mereka tidak perlu mandi dan dikafan), manakala syahid akhirat wajib dimandikan, dikafan serta disolatkan.

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Jelas beliau lagi, kematian yang berlaku kepada kru TLDM beragama Islam itu masih dikira sebagai syahid akhirat walaupun bukan menjadi korban dalam peperangan.

Sebagai contoh, mati beranak, mati lemas, mati terbakar, mati akibat wabak atau penyakit dalam perut serta mati dihempap atau ditindih sesuatu yang berat. Jadi, kalau mati tertindih helikopter, maka ulama kiaskan dengan mati tertindih benda yang keras.

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Jenis-jenis Mati Syahid Dalam Islam

Memetik sumber dari laman web Zulkifli Al Bakri, mati syahid dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  • Syahid akhirat dan dunia
    • Mereka yang gugur di jalan Allah dengan melawan musuh-musuh Islam tanpa melarikan diri daripada musuh.
    • Tidak wajib dimandi, disolat dan dikafankan.
  • Syahid akhirat sahaja
    • Diberikan pahala mati syahid tetapi tidak terpakai ke atas hukum syahid di dunia.
    • Wajib dimandi, disolat dan dikafankan.
  • Syahid dunia sahaja
    • Mereka yang gugur dalam perang melawan musuh Islam tetapi adanya halangan seperti niat yang rosak serta melarikan dalam medan perang.
    • Tidak wajib dimandi, disolat dan dikafankan.

Bagi mereka yang mati kerana wabak termasuk dalam syahid akhirat dan memperolehi pahala mati syahid seperti mana mereka yang gugur di jalan Allah SWT.

Sumber: Malaysia Bersuara

Perkara ini dijelaskan menerusi sabda Rasulullah SAW:

يختصِمُ الشُّهداءُ والمتوفَّونَ على فُرُشِهِم إلى ربِّنا في الَّذينَ يتوفَّونَ منَ الطَّاعونِ، فيقولُ الشُّهداءُ: إخوانُنا قُتِلوا كما قُتِلنا ، ويقولُ المتوفَّونَ في فرشِهِم: إخوانُنا ماتوا على فرشِهِم كما مُتنا، فيقولُ ربُّنا: انظُروا إلى جراحِهِم، فإن أشبَهَ جراحُهُم جراحَ المقتولينَ، فإنَّهم منهم ومعَهُم، فإذا جراحُهُم قد أشبَهَت جراحَهُم

Maksudnya: “Orang-orang yang syahid dan orang-orang yang meninggal di atas katil mereka saling berselisih kepada Allah SWT mengenai orang-orang yang meninggal dunia kerana wabak taun. Orang-orang yang syahid berkata: ‘Mereka ialah saudara-saudara kami, iaitu mereka dibunuh sebagaimana kami dibunuh.’

“Sedangkan orang-orang yang meninggal di atas katil mereka pula berkata: ‘Mereka ialah saudara-saudara kami, mereka meninggal di atas katil mereka sebagaimana kami meninggal.’ Kemudian Allah SWT berfirman: ‘Lihatlah kepada luka mereka, sekiranya luka mereka serupa dengan luka orang-orang yang terbunuh, maka mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang terbunuh, dan bersama mereka,’ dan ternyata luka mereka serupa dengan luka orang-orang yang terbunuh itu.”

Sebagai umat Islam, setiap daripada kita pastinya mahu pengakhiran hidup yang baik. Riwayat Sahl bin Hunaif bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

مَن سَأَلَ اللَّهَ الشَّهادَةَ بصِدْقٍ، بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنازِلَ الشُّهَداءِ، وإنْ ماتَ على فِراشِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang memohon kepada Allah SWT mati syahid dengan sebenar-benar pengharapan, Allah SWT akan mengurniakannya kedudukan para syuhada’ sekalipun dia mati di atas katilnya (tempat tidur).

Semoga Allah SWT memberi peluang kepada kita untuk turut mendapat ganjaran syahid ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Dikira Mati Syahid Tak Kalau Jadi Zombi?” – Dr Zulkifli Terkejut Dengar Soalan Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd