Now Reading
“Tak Sangka Itu Kali Terakhir Jumpa” – Bekas Rakan Sekelas Sebak Dengar Berita Pemergian Mangsa Helikopter Di Lumut

“Tak Sangka Itu Kali Terakhir Jumpa” – Bekas Rakan Sekelas Sebak Dengar Berita Pemergian Mangsa Helikopter Di Lumut

Wanita ini tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan salah seorang mangsa nahas helikopter di Lumut, Perak pada bulan Ramadan lalu merupakan kali terakhir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90 yang diadakan semalam (23 April) telah bertukar sebaliknya apabila kemalangan melibatkan perlanggaran dua helikopter berlaku sehingga menyebabkan kematian semua anggota terlibat.

Antara yang terkorban adalah Dua Pegawai Pemerintah Skuadron Helikopter iaitu Komander Muhammad Firdaus Ramli (Skuadron 503) dan Komander Muhamad Amir Mohamad (Skuadron 502).

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban


Bekas Rakan Sekelas Sebak Dengar Berita Pemergian Sahabat

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Suzana Hamdan), wanita ini turut meluahkan rasa sedih selepas mendapat tahu tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa salah seorang bekas rakan sekelasnya.

Keadaan menjadi lebih pilu buat wanita ini apabila dia tidak menyangka bahawa pertemuan mereka pada bulan Ramadan lalu merupakan kali terakhir sebelum arwah bertemu ajal.

Wanita berkenaan mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi dan mendoakan agar roh arwah tenang di alam barzakh.

Dalam hantaran tersebut juga dimuat naik beberapa keping gambar mangsa semasa berkhidmat di Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Netizen Turut Beri Ucapan Takziah Kepada Mangsa

Ruangan komen pada hantaran berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah dari netizen kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di Lumut, Perak baru-baru ini.

Netizen mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dirahmati oleh Allah SWT.

Ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui kenalan mereka terlibat dalam nahas terbabit.

Sumber: Facebook

Hantaran Lama Milik Salah Seorang Mangsa Nahas Jadi Tumpuan Netizen

Seorang lagi mangsa yang terkorban iaitu Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna juga menjadi perhatian ramai selepas menemui hantaran yang pernah dimuat naik oleh wanita tersebut di laman Facebook (ARies JoaNna) pada 12 Julai 2023 tentang anak sulungnya.

Hantaran berkenaan dilihat menjadi tempat luahan wanita itu kepada anaknya sewaktu dia pertama kali bergelar seorang ibu.

Sumber: Facebook ARies JoaNna

Namun, perkongsian tersebut menjadi lebih sebak di penghujungnya apabila Joanna meminta anaknya untuk membaca luahan berkenaan sekiranya dia sudah tiada di Bumi ini.

“Suatu saat ketika aku telah tiada dan kamu mengenangku sebagai seorang ibu pemarah, maka bacalah ini Nak,” luah Joanna.

Beberapa netizen tidak dapat menahan kesedihan ketika membaca ‘amanat’ terakhir oleh si ibu kepada anak perempuannya yang masih kecil.

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Ibu Dah Tiada, Bacalah Ini” – Hantaran Lama Mangsa Kemalangan Helikopter Di Lumut Buat Ramai Sebak


Nahas Kemalangan Helikopter Di Lumut, Perak

Terdahulu, perlanggaran itu telah berlaku sekitar jam 9:45 pagi selepas kedua-dua pesawat berlepas dari Padang Sitiawan pada 9:03 pagi.

Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec pula jatuh di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Sumber: X @MOFASAD

Dalam pada itu, TLDM menerusi satu kenyatan akhbar mengesahkan insiden berkenaan melibatkan 10 orang kru iaitu tujuh kru HOM dan tiga kru Fennec.

Senarai perajurit yang terkorban adalah seperti berikut:

Pesawat HOM (M503 3): 4 orang kru dan 3 penumpang:
  • Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503
  • Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  • Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  • Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun
  • Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
  • Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
  • Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec: 3 orang kru
  • Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
  • Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
  • Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa dukacita dengan tragedi tersebut.

Jelas beliau, tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu kehilangan besar buat negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd