Now Reading
[Terkini] 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban

[Terkini] 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban

Cawangan Komunikasi Strategi TLDM turut mengesahkan bahawa kesemua mangsa terkorban dan tiada yang terselamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu kemalangan telah dilaporkan berlaku melibatkan dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai bertembung pada pagi hari ini (23 April).

Kejadian tersebut berlaku di ruang udara sekitar Lumut, Perak melibatkan sebuah helikopter jenis AW139 dan helikopter Fennec.

Menerusi video dimuat naik di laman X (@Marchforward), kemalangan itu berlaku apabila dua buah helikopter berkenaan berlanggar antara satu sama lain ketika membuat penerbangan.

Kemalangan tersebut dipercayai melibatkan 10 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan laporan awal mendapati bahawa terdapat kematian berhubung kes terbabit.

Berdasarkan sumber, POA Barat telah menerima maklumat daripada Mk Udara pada jam 9:45 pagi tentang kemalangan yang berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9:03 pagi sebelum terhempas Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec pula jatuh di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Susulan kejadian itu, pihak bomba, 96 anggota Hospital Angkatan Tentara (HAT) serta Protela telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sumber: X (@MOFASAD)

Tiada Mangsa Yang Terselamat, TLDM Tubuh Lembaga Siasatan

Dalam pada itu TLDM menerusi satu kenyatan akhbar turut mengesahkan insiden berkenaan yang melibatkan 10 kru iaitu tujuh (7) kru HOM dan tiga (3) kru Fennec.

Cawangan Komunikasi Strategi TLDM turut mendedahkan bahawa kesemua mangsa terkorban dan tiada yang terselamat.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar Ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.”

Menerusi kenyataan sama, satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Mereka dalam masa sama turut memohon orang ramai agar tidak menularkan video insiden demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa dukacita dengan tragedi tersebut.

Jelas beliau, tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu kehilangan besar buat negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd