Now Reading
Nahas Helikopter Lumut: Anak Mangsa Terima Sumbangan RM1,000 Dalam Akaun SSPN

Nahas Helikopter Lumut: Anak Mangsa Terima Sumbangan RM1,000 Dalam Akaun SSPN

Menurut Zambry kadir, bantuan oleh KPT itu bertujuan untuk memudahkan sumbangan dihulurkan oleh agensi lain pada masa akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pastinya menerima berita kematian ahli keluarga adalah sesuatu yang amat menyedihkan lebih-lebih lagi apabila mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa.

Kesemua 10 mangsa yang nahas dalam tragedi helikopter terhempas di Lumut, Perak pada 23 April telah meninggalkan kesan mendalam kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain keluarga mereka.

Antara mangsa yang terkorban dalam nahas terbabit adalah ibu kepada tiga orang anak iaitu Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy dan juga Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna yang memiliki dua orang cahaya mata.

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Ibu Dah Tiada, Bacalah Ini” – Hantaran Lama Mangsa Kemalangan Helikopter Di Lumut Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Bakal Bersara TLDM Awal, Arwah Noorfarahimi Ingin Naik Helikopter Sebelum Pencen


KPT Beri RM1,000 Dalam Akaun SSPN Bagi Anak Mangsa Terlibat

Memetik Kosmo, kesemua anak kepada mangsa nahas terbabit akan diberikan sumbangan bernilai RM1,000 sebagai simpanan permulaan berbentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Bagi mereka yang sedang menuntut pengajian di universiti, yuran mereka juga akan dikecualikan sehingga tahun akhir.

Sumber: MalayMail

Keputusan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai cara untuk mengurangkan beban dari segi pendidikan bagi keluarga mangsa yang terlibat.

Setakat ini, data yang kita kumpulkan menunjukkan ada 21 anak mangsa yang akan diberi akaun SSPN secara percuma. Kita akan kemas kini bilangan sebenar anak mangsa yang terlibat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry menjelaskan bahawa bantuan yang diberikan menerusi tabung SSPN itu adalah bertujuan untuk memudahkan sumbangan dihulurkan oleh agensi lain pada masa akan datang.

Setakat ini yuran pengecualian hanya untuk seorang sahaja anak mangsa yang menuntut di universiti iaitu Nurul Shafiqah binti Mohd Shahrizan berusia 21 tahun yang kini belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Nahas Kemalangan Helikopter Di Lumut, Perak

Terdahulu, tragedi itu telah berlaku sekitar jam 9:45 pagi selepas kedua-dua pesawat berlepas dari Padang Sitiawan pada 9:03 pagi.

Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec pula jatuh di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Sumber: X @MOFASAD

Dalam pada itu, TLDM menerusi satu kenyatan akhbar mengesahkan insiden berkenaan melibatkan 10 orang kru iaitu tujuh kru HOM dan tiga kru Fennec.

Senarai perajurit yang terkorban adalah seperti berikut:

Pesawat HOM (M503 3): 4 orang kru dan 3 penumpang:
  • Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503
  • Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  • Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  • Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun
  • Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
  • Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
  • Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec: 3 orang kru
  • Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
  • Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
  • Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa dukacita dengan tragedi tersebut.

Jelas beliau, tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu kehilangan besar buat negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd