Now Reading
Bakal Bersara TLDM Awal, Arwah Noorfarahimi Ingin Naik Helikopter Sebelum Pencen

Bakal Bersara TLDM Awal, Arwah Noorfarahimi Ingin Naik Helikopter Sebelum Pencen

Ibu saudara arwah Noorfarahimi memaklumkan bahawa ini adalah kali ketiga dia menaiki helikopter sepanjang kerjayanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (23 April), negara telah dikejutkan dengan berita tragedi dua helikopter terhempas di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak. TLDM kemudiannya mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam nahas terbabit.

Salah seorang mangsa adalah Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy yang juga seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban


Arwah Bakal Bersara Jun Ini

Menerusi satu temubual oleh Berita Harian, ibu saudara Allahyarhamah, Laila Fairus Ismail berkata arwah antara orang paling ceria ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Katanya, arwah telah memaklumkan kepada saudara-mara bahawa dia akan berpencen tidak lama lagi dan merancang untuk menetap di Kuantan bersama suaminya.

Menurut Laila, Noorfarahimi merupakan seorang yang senang ‘happy’. Arwah yang berusia 41 tahun memaklumkan bakal bersara pada Jun ini dan ingin merasa menaiki helikopter sebelum perkhidmatannya tamat.

Menurut Kosmo, difahamkan bahawa arwah akan bersara awal setelah hampir 20 tahun berkhidmat bersama TLDM.


3 Kali Naik Helikopter Sepanjang Bertugas

“Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter. Sepanjang kerjaya dia ini kali ketiga dia naik sebab terbabit dalam latihan raptai.

Ibu saudara, Laila Fairus Ismail

Dia memaklumkan bahawa suami arwah juga merupakan seorang anggota TLDM yang bertugas di Kuantan, Pahang. Pasangan itu mempunyai tiga anak berusia 16, 12 dan lapan tahun.


Jenazah Dalam Keadaan Sempurna

Menurut Laila, keluarga arwah memaklumkan bahawa jenazah Allahyarhamah berada dalam keadaan sempurna dengan hanya kecederaan pada bahagian kepala.

Kakak sulung mangsa, Nurlaida Mohd Saedy juga berkata arwah sempat menghantar rakaman video pemandangan ketika berlepas menaiki helikopter ke kumpulan WhatsApp keluarga.

Katanya lagi, atas permintaan suami arwah, jenazah akan dikebumikan di Perkuburan Kampung Damak, Sungai Bayor, Perak setelah urusan bedah siasat selesai.


Anak-Anak Ingin Ikut Jejak Langkah Ibu Ayah

Media juga sempat bertemu dengan dua anak mangsa, Muhd Alif Farhan Muhd Faizul dan adiknya Nur Alwani Fatihah. Kedua-dua mereka memasang impian untuk mengikut jejak langkah ibu bapa.

Pengorbanan ibu bersama sembilan wira dan wirawati negara yang lain tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya ia akan menjadi motivasi bagi mereka terus mengejar cita-cita.

Selain Noorfarahimi, dua lagi perajurit wanita yang terkorban adalah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Dari kiri, Joanna Felicia anak Rohna, Noor Rahiza Anuar dan Noorfarahimi Mohd Saedy. (Foto: Media sosial)

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd