Now Reading
Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban

Nahas Helikopter Terhempas: TLDM Dedah Identiti 10 Anggota Terkorban

Antara mangsa yang terkorban termasuk Dua Pegawai Pemerintah Skuadron Helikopter iaitu Komander Muhammad Firdaus Ramli (Skuadron 503) dan Komander Muhamad Amir Mohamad (Skuadron 502).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebentar tadi mengumumkan senarai nama 10 mangsa yang dikenal pasti terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.

Menurut TLDM, 10 mangsa itu terdiri daripada masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Ini termasuk Dua Pegawai Pemerintah Skuadron Helikopter iaitu Komander Muhammad Firdaus Ramli (Skuadron 503) dan Komander Muhamad Amir Mohamad (Skuadron 502).

Senarai perajurit yang terkorban adalah seperti berikut:

Pesawat HOM(M503 3): 4 orang kru dan 3 penumpang:

  • Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503
  • Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
  • Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
  • Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun
  • Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
  • Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
  • Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec: 3 orang kru

  • Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
  • Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
  • Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Jenazah akan diurus mengikut tradisi TLDM

Tambah TLDM lagi, jenazah anggota yang terkorban akan diuruskan dalam masa terdekat dan mengikut tradisi.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin mengesahkan kesemua mangsa yang terkorban berusia bawah 40 tahun.

https://twitter.com/bernamadotcom/status/1782626810188206373

Terdahulu Cawangan Komunikasi Strategi TLDM mengesahkan bahawa kesemua mangsa terkorban dan tiada yang terselamat.

Menerusi kenyataan sama, satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

TLDM turut memohon orang ramai agar tidak menularkan video insiden demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Insiden berkenaan yang tular di media sosial menyaksikan pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Baca artikel berkaitan: [Terkini] 2 Helikopter Milik ATM Bertembung Di Perak, TLDM Sahkan 10 Mangsa Terkorban


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd