Now Reading
Good Vibes Festival 2024 Bakal Meriahkan Genting Highlands Pada 20 & 21 Julai 2024

Good Vibes Festival 2024 Bakal Meriahkan Genting Highlands Pada 20 & 21 Julai 2024

Good Vibes Festival (GVF) 2024 akan diadakan di Resort World Awana berhampiran kawasan parkir bas Genting Highlands Premium Outlet (GHPO).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada mereka yang gemar dengan festival muzik dan hiburan, ada berita baik untuk korang!

Good Vibes Festival (GVF) kini kembali pada tahun 2024 selepas mereka memuat naik pengumuman tentang acara berkenaan semalam (5 Mei) menerusi hantaran di laman Instagram (@goodvibesfest).

Acara tersebut yang dilakukan secara tahunan sejak 2013 akan diadakan selama dua hari pada 20 dan 21 Julai 2024 di Resort World Awana berhampiran kawasan parkir bas Genting Highlands Premium Outlet (GHPO).

Bagi korang yang nak ‘have fun’ dengan kawan-kawan sambil menikmati muzik serta suasana meriah di GVF, boleh kumpul duit siap-siap dan dan bersedia apabila jualan tiket dibuka untuk orang ramai.

Buat masa ini, barisan artis yang akan membuat persembahan masih belum diumumkan.


Pelbagai Reaksi Dari Netizen Selepas Dapat Tahu Tentang GVF Buat ‘Comeback’

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai selepas mendapat tahu bahawa GVF akan meneruskan acara tahunan mereka pada tahun 2024.

Ini kerana acara GVF pada tahun lalu yang sepatutnya disambut dengan meriah kerana meraikan ulang tahun mereka yang ke-10 telah bertukar menjadi kontroversi selepas insiden melibatkan kumpulan artis dari British, The 1975.

Susulan itu, ramai netizen yang berharap artis kegemaran mereka akan dibawa ke Good Vibes Festival pada tahun ini untuk menonton persembahan mereka secara ‘live’.

Antara artis yang menjadi permintaan ramai adalah The Strokes dan juga Russ.

Pada masa yang sama, netizen turut berharap agar tiada lagi insiden kurang sopan akan berulang lagi pada acara kali ini.


Insiden Yang Berlaku Ketika Good Vibes Festival 2023

GVF2023 yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari pada 21 sehingga 23 Julai 2023 di Sepang telah dibatalkan pada hari pertama selepas kumpulan artis The 1975 tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Malaysia.

Semasa melakukan persembanan secara ‘live’ di atas pentas GVF2023, penyanyi utamanya, Matty Healy, membuat ucapan yang penuh dengan kata-kata menentang kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang LGBT.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Bukan itu sahaja, Matty selepas itu bertindak mencium pemain bass The 1975 iaitu Ross McDonalds ketika membuat persembahan di mana aksi kurang sopan tersebut dilakukan di hadapan ribuan peminat dari Malaysia.

Matty juga difahamkan memegang botol arak ketika di atas pentas serta melakukan aksi kurang sopan iaitu meludah.

Sumber: Media sosial

Walau bagaimanapun, ketika di pertengahan persembahan kumpulan itu, pentas bertukar menjadi gelap sebelum Matty dalam keadaan marah mengumumkan menerusi mikrofon bahawa mereka telah disekat daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur.

Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telah mengumumkan pembatalan acara berkenaan untuk hari kedua dan ketiga.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023

Baca Artikel Berkaitan: Good Vibes Festival 2023 Bakal Mulakan Proses ‘Refund’ 14 Ogos Ini

Baca Artikel Berkaitan: Barisan Peguam Tawar Khidmat Pro Bono Buat Artis Tempatan & Vendor Untuk Saman The 1975 Kes Pembatalan GVF2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd