Now Reading
Good Vibes Festival 2023 Bakal Mulakan Proses ‘Refund’ 14 Ogos Ini

Good Vibes Festival 2023 Bakal Mulakan Proses ‘Refund’ 14 Ogos Ini

Pihak penganjur iaitu Future Sounds Asia (FSA) telah membuka mencipta ruangan khas untuk proses pengembalian (refund) kepada para pembeli tiket Good Vibes Festival 2023 (GVF2023).

Good Vibes Festival 2023 Bakal Mulakan Proses 'Refund' 14 Ogos Ini

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keterujaan para pengunjung Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) untuk menikmati keseronokan dengan pelbagai persembahan menarik dari penyanyi tempatan dan antarabangsa selama tiga hari bertukar kekecewaan selepas ia dihentikan serta-merta.

Arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil itu dilakukan selepas kontroversi dilakukan oleh Matty Healy, vokalis kumpulan The 1975 ketika hari pertama GVF2023 (21 Julai).

Fahmi turut menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, merendahkan, atau melanggar undang-undang Malaysia.

Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023


Penganjur Good Vibes Festival 2023 Bakal Mulakan Proses ‘Refund’ Kepada Pembeli Tiket

Pembatalan acara festival tersebut yang sepatutnya berlangsung dari 21 sehingga 23 Julai 2023 telah memberi implikasi kepada pembeli tiket yang sudah menempah penerbangan, tempat tinggal dan sanggup meredah perjalanan jauh untuk melihat persembahan konsert.

Susulan itu, ramai pihak yang terjejas mahu menuntut semula wang mereka kerana tidak dapat menikmati festival berkenaan sepenuhnya seperti yang dijadualkan.

Memahami situasi yang berlaku, pihak penganjur iaitu Future Sounds Asia (FSA) telah membuka mencipta ruangan khas untuk proses pengembalian (refund).

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@goodvibesfest), pihak penganjur akan mula menerima permohonan untuk pengembalian (refund) dari para pembeli pada 14 Ogos ini.

Dalam pada itu, FSA turut mengucapkan terima kasih atas kesabaran para pembeli dan menghargai usaha keras yang dibentuk oleh kumpulan penganjur untuk memudahkan urusan untuk menuntut semula wang.

Proses untuk menuntut semula wang menerusi laman web akan berlangsung dan tersedia untuk para pembeli melakukan permohonan mereka bermula pada 14 Ogos 2023.

Good Vibes Festival 2023.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung proses ini, pihak GVF2023 akan memaklumkan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

FSA Mahu Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy Atas Kontroversi Yang Dilakukan

Ketika sidang media yang dianjurkan oleh ALIFE pada 27 Julai lalu, Ketua Hiburan FSA, Wan Alman Ariffin menjelaskan bahawa pihak mereka sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap penyanyi utama The 1975.

Dalam pada itu, Wan Alman juga mendakwa mereka sudah memberitahu pengurus The 1975 supaya meminta Healy berhenti, tetapi pengurus itu tidak melakukan apa-apa.

Wan Alman menjelaskan bahawa perkara seperti ini memerlukan masa kerana ia adalah pertunjukkan besar dan pihak FSA perlu berurusan dengan pengurus The 1975 terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Artikel Berkaitan: Future Sound Asia Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy

Artikel Berkaitan: FSA Pernah Buat Rayuan Untuk Bawa The 1975 Beraksi Di GVF2023 Walau Ada Rekod Buruk. Ini Sebabnya

Sumber: Instagram Good Vibes Festival


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd