Now Reading
Proses ‘Refund’ Good Vibes Festival 2023 Dibuka, Future Sound Asia Beri Pemegang Tiket Pilihan Untuk #SaveGVF

Proses ‘Refund’ Good Vibes Festival 2023 Dibuka, Future Sound Asia Beri Pemegang Tiket Pilihan Untuk #SaveGVF

Future Sound Asia beri pemegang tiket pilihan untuk membuat permohonan bayar balik penuh, separa atau tidak membuat permohonan dan menukar tiket bagi Good Vibes Festival 2024 atau 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semua pasti tahu, Good Vibes Festival (GVF) 2023 telah dibatalkan setelah hari pertama persembahan akibat tindakan penyanyi utama kumpulan The 1975, Matty Healy, yang mengkritik undang-undang LGBT di Malaysia dan berkelakuan tidak sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Sehubungan dengan itu, hari kedua dan ketiga GVF 2023 telah diarahkan untuk dihentikan dengan serta-merta oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

ARTIKEL BERKAITAN: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023

Pihak penganjur GVF 2023 kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan bahawa proses bayar balik (refund) akan dilakukan bagi mereka yang terkesan dengan pembatalan program itu.

Semalam (14 Ogos 2023), GVF telah menggariskan proses refund dan memohon orang ramai supaya membantu untuk menyelamatkan GVF dengan penggunaan #SaveGVF.

Kami tidak selalu menulis kepada anda. Tapi ini merupakan waktu yang luar biasa, jadi kami melakukan sesuatu yang luar biasa.

The Future Sound Asia.

Dalam kenyataan tersebut, Future Sound Asia (FSA) berkata mekanisme bayar balik yang diwujudkannya bertujuan untuk memberi ganti rugi kepada individu terkesan. Pada masa yang sama, FSA turut memberi pemilik tiket pilihan untuk memohon pengembalian wang pada kadar lebih rendah atau tidak melakukannya sama sekali atas tujuan untuk menyelamatkan festival itu.

Di saat anda membuat pilihan bayar balik, sila ingat bahawa kami ingin terus mengadakan festival Malaysia ini yang kami sayangi dan berbangga dengannya. Kami harap ia turut membawa kegembiraan kepada anda; kami mahu GVF untuk terus hidup. Jika anda boleh mengurangkan sebarang jumlah atau tidak memohon pembayaran balik, kami amat menghargainya dan ia akan dapat membantu #SaveGVF.

The Future Sound Asia.

Katanya, sumbangan tersebut akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada pihak terlibat seperti pemuzik, peniaga makanan, jurugambar dan kru pentas.


FSA Kemuka 4 Pilihan ‘Refund’ Bagi GVF 2023

FSA telah mengemukakan pemilik tiket dengan empat pilihan bayar balik seperti yang tertera di laman webnya.

Pertama, individu boleh memohon bagi hanya separa pembayaran balik dan menyumbang lebihan kepada GVF.

Kedua, pemilik tiket diberi pilihan untuk tidak membuat permohonan bayar balik. Tiket GVF 2023 mereka akan ditukar kepada tiket ke festival itu bagi tahun 2024 atau 2025 yang disertakan dengan baucar minuman bernilai RM100.

FSA juga memberi pilihan ketiga supaya individu yang tidak membuat permohonan bayar balik menyumbangkan keseluruhan jumlah tanpa menerima sebarang pampasan.

Pilihan keempat pula, individu yang terkesan boleh memohon pembayaran balik secara penuh seperti biasa.

Harus diingat bahawa proses bayar balik hanya dibuka kepada individu yang terkesan. Hal ini bermakna mereka dengan tiket bagi hari Jumaat sahaja tidak layak untuk melakukan permohonan.

Selain itu, caj tiket 3% yang dikenakan sewaktu pembelian tidak akan dikembalikan. Jumlah bayaran balik adalah tertakluk kepada jadual di bawah.

Proses bayar balik boleh dimohon melalui laman web Goodvibesfestival dan dibuka sejak semalam hingga 10 September ini.


Netizen Persoal Tindakan FSA Minta Pemegang Tiket Sumbang Kepada GVF 2023

Menjenguk ke ruangan komen di Instagram @goodvibesfest, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak FSA supaya pemegang tiket menyumbang kepada GVF 2023.

Mereka berkata bahawa GVF gagal memberikan servis yang ditawarkan dan seharusnya bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku di festival itu. GVF juga telah mengambil risiko dengan membawa satu kumpulan yang terkenal dengan sikapnya yang penuh kontroversi.

Di samping itu, seorang pengguna Instagram (@sarisatriya) berkata proses penilaian risiko FSA boleh dipersoalkan berhubung pemilihan artis.

Namun ada juga yang prihatin dengan nasib FSA dan memilih untuk tidak meminta sebarang pembayaran balik.

Pun begitu, ada pengguna Instagram yang menyifatkan individu berkenaan yang menyokong tindakan FSA dengan tidak meminta pembayaran balik adalah daripada golongan berkemampuan.

Malah, pemegang tiket turut menanggung rugi kerana telah mengeluarkan belanja lain seperti untuk pengangkutan dan tempat tinggal bagi menghadiri festival itu.

Pada masa yang sama, beberapa individu berkata bahawa nombor pesanan (order number) mereka tidak ditemui setelah dimasukkan ke dalam ruangan yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: FSA Pernah Buat Rayuan Untuk Bawa The 1975 Beraksi Di GVF2023 Walau Ada Rekod Buruk. Ini Sebabnya

ARTIKEL BERKAITAN: [Terkini] GVF2023: Future Sound Asia (FSA) Hantar Surat Tuntutan Kepada The 1975


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd