Now Reading
FSA Pernah Buat Rayuan Untuk Bawa The 1975 Beraksi Di GVF2023 Walau Ada Rekod Buruk. Ini Sebabnya

FSA Pernah Buat Rayuan Untuk Bawa The 1975 Beraksi Di GVF2023 Walau Ada Rekod Buruk. Ini Sebabnya

Pihak Future Sound Asia (FSA) menyatakan bahawa apabila mereka pertama kali mengumumkan barisan artis, peminat di Malaysia sangat bersemangat apabila mengetahui The 1975 turut dijemput untuk beraksi di pentas GVF2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengajur Festival Good Vibes (GVF) iaitu Future Sound Asia (FSA) menyatakan bahawa mereka telah membuat rayuan untuk membawa masuk band The 1975 bagi melakukan persembahan di GVF2023 disebabkan oleh jumlah peminat mereka yang agak besar di Malaysia.

Artikel Berkaitan: “Good Vibes Festival Sangat Dekat Di Hati Saya Kerana Ia Ditubuhkan Pada Tahun Anak Saya Lahir” – Ben Law, Founder Future Sound Asia

Walau bagaimanapun, beberapa pihak turut mempersoalkan mengapa pihak penganjur masih menjemput The 1975 meskipun band ini sering terkait dengan isu-isu kontroversial yang dilakukan di atas pentas ketika persembahan langsung.

Artikel Berkaitan: Matty Healy Has Been Problematic For Some Time, Here’s A Starter List Of His Controversies

Hari ini (27 Julai), pihak FSA dan Live Festivals and Events Association (ALIFE) telah mengadakan majlis Sidang Media di The Bee, Publika bagi menangani serta menjawab beberapa soalan tentang ‘stunt’ yang dilakukan oleh The 1975 pada minggu lalu di Good Vibes Festival.

Hadir bersama pada sidang media tersebut adalah Ben Law, Pengasas dan Pengarah FSA, Wan Alman, Pengarah Pengurusan FSA, Rizal Kamal, Presiden ALIFE, dan Para Rajagopal, Pengerusi ALIFE.

Wan Alman menyatakan bahawa apabila mereka pertama kali mengumumkan barisan artis, peminat sangat bersemangat apabila mengetahui The 1975 turut dijemput pada tahun ini. Pihak ALIFE sememangnya mengetahui tentang insiden di Dubai pada 4 tahun lalu, tetapi berdasarkan persembahan mereka selepas itu, tiada lagi masalah yang timbul.

Mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika membuat persembahan di Singapura dua hari sebelum GVF, dan pastinya tiada masalah ketika mereka tampil di GVF sebelum ini pada tahun 2016, ketika undang-undang LGBT Malaysia masih sama.

Wan Alman kepada wartawan semasa sesi soal-jawab.

Beliau turut menyatakan bahawa PUSPAL – dengan dasar yang ketat, telah melakukan kerja yang baik ketika menolak permohonan band tersebut pada mulanya.

Namun, FSA sudah mengumumkan barisan artis kepada peminat-peminat di Malaysia yang begitu bersemangat. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan peminat The 1975 di Malaysia, FSA merayu kepada PUSPAL dengan kenyataan bertulis daripada pengurusan The 1975 untuk meyakinkan bahawa band ini akan mematuhi semua garis panduan persembahan.

Jadi, saya percaya FSA dan PUSPAL telah melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa tiada insiden berlaku, dan saya rasa ini adalah kesalahan Matty Healy dan The 1975. Kami sudah menerima jaminan daripada pengurusan mereka bahawa mereka tidak akan melakukan apa-apa yang melanggar garis panduan.

Wan Alman Arrifin, FSA

Apabila mereka memberikan persetujuan, sudah tentu pertunjukan akan berlangsung.

Artikel Berkaitan: Future Sound Asia Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy

Dia kemudian menyatakan bahawa jika mereka ingin menilai semua artis berdasarkan kelakuan negatif di masa lalu, maka pihak FSA tidak akan dapat membawa banyak artis antarabangsa ke Malaysia, situasi yang bercanggah bagi pihak penganjur GVF di mana mereka telah membawa artis antarabangsa hebat sejak 10 tahun lalu.

Sumber: Siti Murni/TRP

Adakah kita benar-benar ingin mengambil langkah di mana kita melarang artis datang di atas sesuatu yang mereka lakukan di negara lain pada beberapa tahun lalu? Jika kita mengambil langkah tersebut, maka banyak artis tidak akan dapat beraksi.

Wan Alman Arrifin, FSA.

Rizal Kamal selaku Presiden ALIFE juga menyokong pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa kelakuan negatif yang dilakukan oleh seseorang pada masa lalu tidak sepatutnya menghalang bakat-bakat hebat untuk dipertunjukan di Malaysia.

Walaupun benar bahawa beberapa kumpulan rock British itu mungkin pernah mengalami melakukan perkara negatif di masa lalu, ia adalah penting untuk mengakui bahawa insiden-insiden tersebut tidak sepatutnya menghalang peluang bagi artis-artis untuk beraksi di Malaysia. Ribuan artis antarabangsa telah menghiasi pentas di Malaysia tanpa sebarang masalah, dan kami berazam untuk menyambut lebih ramai lagi di masa depan.

Rizal Kamal, Presiden ALIFE.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd