Now Reading
Future Sound Asia Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy

Future Sound Asia Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy

Pembatalan serta-merta bagi seluruh Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) yang dianjurkan oleh Future Sound Asia menjadi perbualan ramai selepas vokalis kumpulan British The 1975, Matty Healy melakukan kontroversi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Future Sound Asia (FSA) sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Matty Healy, penyanyi utama The 1975 selepas kekecohan yang dilakukan ketika berlangsungnya Festival Good Vibes pada Jumaat lepas.

Wan Alman Ariffin daripada Future Sound Asia (FSA), memaklumkan sendiri perkara ini kepada wartawan di majlis Sidang Media ALIFE sebentar tadi (27 Julai) di The Bee, Publika.

Untuk rekod, FSA merupakan penganjur Festival Good Vibes 2023. Selepas aksi keterlaluan yang dilakukan oleh Matty Healy, festival muzik selama tiga hari tersebut telah diminta untuk dibatalkan oleh pihak atasan.

Yes, we have legal counsel and we are considering legal action.

Wan Alman Ariffin, FSA.

Turut hadir di majlis Sidang Media tersebut, Presiden ALIFE iaitu Rizal Kamal.

Beliau menjelaskan kepada pihak TRP bahawa The 1975 atau mana-mana artis antarabangsa yang datang ke Malaysia telah dibayar sepenuhnya sebelum persembahan berlangsung.

Oleh itu, penganjur tidak dapat meminta pengembalian (refund) walaupun The 1975 tidak menghabiskan persembahan seperti yang ditetapkan oleh kerana kekecohan yang berlaku di pertengahan festival.

Walau bagaimanapun, Rizal dalam masa yang sama turut mengatakan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap apa yang berlaku.

Salah satu soalan yang dituju kepada Wan Alman selaku Ketua Hiburan Future Sound Asia adalah mengapakah masa yang diambil untuk menghentikan perbuatan jelik Matty Healy di atas pentas begitu lama?

Wan Alman menjelaskan bahawa perkara seperti ini memerlukan masa kerana ia adalah pertunjukkan besar dan pihak FSA perlu berurusan dengan pengurus The 1975 terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

Wan Alman mendakwa mereka sudah memberitahu pengurus The 1975 supaya meminta Healy berhenti, tetapi pengurus itu tidak melakukan apa-apa.

Maka disebabkan itu FSA mengambil inisiatif sendiri untuk menamatkan persembahan Healy secara serta-merta.

Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023

Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Artikel Berkaitan: Kementerian Komunikasi & Digital Buat Laporan Polis Terhadap Penganjur GVF2023 Atas Kecuaian Patuhi Peraturan PUSPAL


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd