[Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023
Menteri Komunikasi & Multimedia Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pembatalan secara serta merta ini dilakukan susulan kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh kumpulan The 1975.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengumumkan pembatalan serta-merta bagi seluruh Festival Good Vibes 2023 yang dianjurkan oleh Future Sound Asia.
Keputusan itu dibuat selepas kontroversi yang dilakukan oleh kumpulan rock British ‘The 1975’ di Sepang malam tadi (21 Julai).
Berikutan itu, Fahmi menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, merendahkan, atau melanggar undang-undang Malaysia.
Beliau menekankan kepentingan menghormati adab dan nilai budaya tempatan dengan menyatakan bahawa industri kreatif dan kebebasan bersuara disokong oleh kerajaan, tetapi tidak seharusnya menyentuh isu sensitiviti dalam masyarakat.
Pembatalan acara festival tersebut yang sepatutnya berlangsung semalam hingga esok (23 Julai) mungkin mempunyai implikasi kepada pembeli tiket.
Justeru, Fahmi menggesa pihak penganjur bagi mewujudkan mekanisme untuk memberi pampasan kepada mereka yang telah membeli tiket.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.