Now Reading
Malaysia Duduki Tangga Ke-15 Dunia Dalam Pembangunan Telekomunikasi Peringkat Global

Malaysia Duduki Tangga Ke-15 Dunia Dalam Pembangunan Telekomunikasi Peringkat Global

Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2023 (IDI 2023) yang membolehkan Malaysia mencapai kedudukan membanggakan ini diukur berdasarkan 10 indikator utama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemajuan teknologi termasuklah dari segi komunikasi dan maklumat (ICT) banyak memberi bantuan kepada orang ramai untuk mejalani kehidupan.

Sebagai contoh, penggunaan Internet dalam kehidupan seharian membolehkan seseorang berhubung dengan satu sama lain dengan lebih mudah walaupun berada di lokasi yang berbeza.

Selain itu, kemajuan teknologi juga membantu masyarakat untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang perkara yang berlaku di luar negara.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Komited Perangi Jenayah Siber Menerusi Jalinan Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Aktiviti Yang Dahulunya Terbatas, Kini Tidak Lagi!


Malaysia Raih 94.5 Mata, Lepasi Skor Purata Global Dalam IDI 2023

Terbaharu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Malaysia telah menunjukkan kedudukan positif dalam Indeks Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2023 (IDI 2023) apabila menduduki tangga ke-15 di dunia dan ketiga di rantau ASEAN.

Kedudukan terkini bagi pembangunan telekomunikasi di peringkat antarabangsa itu telah diterbitkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dan kenyataan mengenai perkara itu disebarkan menerusi kenyataan media Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Memetik Berita Harian, Malaysia telah melepasi skor purata global yang berada dalam lingkungan 72.8 mata dan berjaya mencapai 94.5 mata daripada jumlah keseluruhannya iaitu 100.

Sumber: MalayMail

Ini keputusan baik yang menunjukkan kita berada bukan hanya di landasan betul, tetapi prestasi cukup baik bagi Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurut MCMC, indeks berkenaan diukur berdasarkan 10 indikator utama apabila Malaysia berjaya mencapai beberapa perkara seperti berikut:

  • Hampir mencapai keseluruhan liputan bagi rangkaian mudah alih 4G atau LTE.
  • Langganan jalur lebar mudah alih yang tinggi.
  • Perkhidmatan jalur lebar tetap dan mudah alih dengan harga yang rendah.

Perkembangan Rangkaian 5G Di Malaysia

Sehingga 31 Disember lalu, Malaysia telah mencapai 80.2% liputan rangkaian 5G di Malaysia.

Fahmi berkata pencapaian itu melambangkan usaha kerajaan bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu mencapai rangkaian Internet dengan laju di seluruh kawasan.

Sumber: Troton Tech Magazine/KLCC Office Space

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk merealisasikan kesalinghubungansejagat dan bermakna buat semua rakyat Malaysia, dengan keterangkuman sebagai pemacu utama dalam memastikan perkhidmatan komunikasi adalah merata (ubiquitous).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sebelum ini, Maxis telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dan melancarkan talian 5G pada 15 Ogos 2023.

Perkara ini bermakna semua telco utama di Malaysia menyediakan perkhidmatan talian 5G.

Baca Artikel Berkaitan: Rangkaian Internet 5G Dijangka Bermula Secara Berperingkat Pada Disember Ini


Malaysia Pernah Tersenarai Antara Negara Ke-2 Paling Makmur Di Asia Tenggara

Pada Disember 2023, laporan The Legatum Prosperity Index mendedahkan bahawa Malaysia berada di tempat ke-2 negara paling aman makmur selepas Singapura di Asia Tenggara.

Di peringkat dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-43 daripada 167 negara.

12 indikasi penentu negara aman makmur adalah seperti berikut:
  • Keselamatan dan keamanaan
  • Kebebasan peribadi
  • Tadbir urus
  • Modal Sosial
  • Persekitaran pelaburan
  • Syarat-syarat perniagaan
  • Infrastruktur dan akses pasaran
  • Kualiti ekonomi
  • Keadaan hidup
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Alam semula jadi

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023

Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, Malaysia juga pernah menduduki tempat pertama dengan indeks kos kehidupan sebanyak 22.9 dan GDP sebanyak USD481.9 trilion (kira-kira RM2,192.6 trilion).

Dengan perbelanjaan bulanan purata mencapai paras USD1,000 (kira-kira RM4,550), Malaysia adalah tempat yang paling selamat untuk dipertimbangkan oleh pesara, lapor NASDAQ.

Baca Artikel Berkaitan: Kajian: Malaysia Lokasi Paling Selamat Untuk Bersara Dengan Kos Perbelanjaan Kurang Dari RM9,100 Sebulan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd