Now Reading
Kajian: Malaysia Lokasi Paling Selamat Untuk Bersara Dengan Kos Perbelanjaan Kurang Dari RM9,100 Sebulan

Kajian: Malaysia Lokasi Paling Selamat Untuk Bersara Dengan Kos Perbelanjaan Kurang Dari RM9,100 Sebulan

Dengan perbelanjaan bulanan purata mencapai paras USD1,000 (kira-kira RM4,550), Malaysia adalah tempat yang paling selamat untuk dipertimbangkan oleh pesara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Amerika dikatakan sedang mempertimbangkan untuk bersara di lokasi yang jauh daripada negara mereka sendiri.

Ini kerana bersara di luar negara menjadi sesuatu yang semakin popular disebabkan negara lain dilaporkan dapat menawarkan kos kehidupan yang jauh lebih rendah buat warga asing.

Malah, golongan ini juga dapat menikmati manfaat seperti kepelbagaian budaya yang dipersembahkan oleh negara-negara lain.


Kajian GOBankingRates Menyenaraikan Tempat-tempat Paling Selamat Di Asia Untuk Tujuan Persaraan

GOBankingRates iaitu sebuah penerbitan sumber kewangan peribadi baru-baru ini telah menerbitkan hasil kajian perihal tempat-tempat paling selamat di Asia untuk bersara dengan kos kurang daripada USD2,000 sebulan (sekitar RM9,100).

Dipetik menerusi NASDAQ, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berpangkalan di Amerika, penerangan kajian itu memaklumkan bahawa kebanyakan masyarakat di Amerika sedang mempertimbangkan untuk bersara luar dari negara mereka sendiri.

Dalam usaha mendapatkan senarai komprehensif untuk kajian mereka, GOBankingRates menjelaskan bahawa mereka mengumpulkan data dari United Nations Pacific-Asia Region Group dan GDP dari WorldPopulationReview untuk mencari lokasi-lokasi khusus ini.

Mengulas lanjut, kajian ini juga menggunakan data dari Numbeo dan Indeks Kedamaian Global dari Laporan Indeks Kedamaian Global 2022 Institut Ekonomi dan Kedamaian. Skor sebanyak 2.0 ditetapkan sebagai indeks kedamaian global minimum yang ditetapkan oleh syarikat untuk sesebuah negara layak termasuk dalam senarai ini.


Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Untuk Bersara Dengan Perbelanjaan/Kos Kurang RM9,100 Sebulan

Sumber: Deva Darshan/Unsplash

Menurut laporan tersebut, Malaysia menduduki tempat pertama dengan indeks kos kehidupan sebanyak 22.9 dan GDP sebanyak USD481.9 trilion (kira-kira RM2,192.6 trilion). Dengan perbelanjaan bulanan purata mencapai paras USD1,000 (kira-kira RM4,550), Malaysia adalah tempat yang paling selamat untuk dipertimbangkan oleh pesara.

Menerusi laporan sama, Kuwait hampir menduduki tempat pertama apabila berada di tempat kedua dengan kos perbelanjaan bulanan purata sebanyak USD1,741 (kira-kira RM7,922), diikuti oleh Mongolia di tempat ketiga dengan purata hanya USD940 (kira-kira RM4,277).

Bagi memudahkan anda, berikut merupakan senarai lengkap untuk 10 negara teratas yang telah disenaraikan diikuti dengan kos perbelanjaan bulanan purata:

  1. Malaysia: (USD1,066; RM4,850)
  2. Kuwait: (USD1,741; RM7,922)
  3. Mongolia: (USD940; RM4,277)
  4. Vietnam: (USD1,117; RM5,085)
  5. Indonesia: (USD940; RM4,277)
  6. Jordan: (USD1,331; RM6,056)
  7. Cambodia: (USD1,387; RM6,310)
  8. Oman: (USD1,513; RM6,884)
  9. Cyprus: (USD1,964; RM8,936)
  10. Nepal: (USD684; RM3,112)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd