Now Reading
Ini Kerusi Urut ‘Wireless’ Pertama Di Dunia Yang Muncul Di Puncak Gunung Kinabalu

Ini Kerusi Urut ‘Wireless’ Pertama Di Dunia Yang Muncul Di Puncak Gunung Kinabalu

Selepas penat mendaki, nampak pula kerusi atas puncak gunung. Best sungguh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerusi urut tanpa wayar pertama di dunia iaitu Zenia, dilihat berada di puncak tertinggi Malaysia iaitu Gunung Kinabalu. Satu pemandangan unik untuk dilihat oleh para pendaki ketika mendaki gunung ikonik tersebut.

Puncak gunung yang selalu menjadi pemandangan menakjubkan dengan pemandangan memukau, menjadi lebih menarik dengan kehadiran keselesaan dan ketenangan kerusi urut selepas menempuh perjalanan panjang ke Puncak gunung.

“Setelah anda sampai di puncak, anda fikir anda telah berjaya dan melihat hampir segala-galanya. Kemudian anda melihat sebuah kerusi, bukan sebarang kerusi, tetapi kerusi urut yang dapat memberikan ketenangan dan melegakan otot-otot selepas menempuh pendakian panjang,” jelas Nicholas yang merupakan salah seorang pendaki.

Angkut Kerusi Urut Setinggi 4,000 Meter Di Atas Paras Laut

Langkah berani ini melibatkan pengangkutan kerusi urut ke ketinggian lebih dari 4,000 meter di atas paras laut adalah hasil dari inisiatif Evis – pengeluar terkemuka di Malaysia dalam penyelesaian ergonomik inovatif serta pencipta Zenia.

Tindakan ini disusun bagi menghormati pencapaian para pendaki yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu. Ia merupakan sebuah perayaan bagi semangat kemanusiaan dan keinginan untuk meneroka secara keseluruhan mencerminkan nilai syarikat itu sendiri dalam bidang inovasi dan teknologi.

Evis telah berada pada tahap jaminan kualiti produk ke peringkat lebih tinggi — secara teknikalnya apabila Zenia, telah membuat penampilannya dalam pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Kerusi ini dijangka akan menimbulkan fenomena di seluruh negara dan sekitarnya, melambangkan penyatuan pengembaraan dan relaksasi.

Perjalanan untuk mendaki Gunung Kinabalu disokong oleh satu kumpulan pencinta alam, menarik perhatian penonton, memberikan inspirasi buat mereka untuk meneroka cara-cara yang tidak konvensional untuk menyatukan minat dengan penjelajahan meskipun mereka menavigasi pendakian curam, laluan berbatu, dan perubahan iklim, sambil membawa kerusi urut tersebut.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Evis Low Jay See, dia menyatakan bahawa, “Kami percaya bahawa pelaburan dalam produk ergonomik adalah suatu pelaburan dalam kesihatan juga untuk jangka masa panjang, ia merupakan salah satu kaedah yang mungkin dapat mengurangkan keperluan untuk sesi perubatan lebih mahal dan memakan masa.

“Zenia menunjukkan dedikasi kami untuk mencipta produk yang membawa sokongan terhadap ergonomik ke tahap seterusnya — menjamin pelanggan kami keselesaan dan ketenangan tiada tandingan dan menawarkan sinar harapan dalam zaman di mana masalah leher dan belakang menjadi berleluasa.”

Salah satu ciri unggul Zenia adalah sokongan leher dan pinggang, dihasilkan dengan teliti untuk menyelaraskan tulang belakang dan mengurangkan tekanan. Reka bentuk strategik ini secara aktif melawan kesan negatif postur yang merupakan kebimbangan umum di kalangan individu yang bekerja di pejabat.

Komitmen Zenia terhadap kesihatan tulang belakang ditekankan lagi dengan integrasi teknologi Z-Flux, satu inovasi revolusioner yang meniru sentuhan dan teknik tukang urut profesional.

Teknologi ini menawarkan pengalaman yang melegakan ketegangan dan tekanan selepas seharian bekerja atau selepas seharian melakukan aktiviti fizikal yang mencabar.

[ZENIA]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd