Now Reading
[Video] Ini 4 Perkara Jadi Penyebab Kemiskinan Berdasarkan Pesan Rasulullah SAW

[Video] Ini 4 Perkara Jadi Penyebab Kemiskinan Berdasarkan Pesan Rasulullah SAW

Menurut Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli, sebuah kitab menyenaraikan 40 perkara yang merupakan penyebab kemiskinan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah tentu kita semua ingin menjauhi daripada menjadi miskin atau ditarik rezeki. Namun dalam melakukan kegiatan harian, mungkin ada perkara yang tidak disedari boleh menjadi punca kemiskinan.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok (@perinduyarasulullah), Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berkata Allah SWT yang memilih untuk memfakirkan seseorang.

Dalam pada itu, wujud sebab-sebab yang boleh menjadikan seseorang jatuh miskin. Menurutnya, sebuah kitab telah menyenaraikan 40 perkara yang disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai penyebab kefakiran.


Empat Perkara Sebabkan Kefakiran

Beliau menjelaskan empat perkara ini bertujuan untuk mengingatkan orang ramai agar menjauhi sebab-sebab kefakiran. Antaranya:

#1. Membiarkan pinggan di dalam sinki tidak dibasuh

Tidak membersihkan sinki dan membiarkan pinggan mangkuk kotor semalaman boleh menjadi penyebab kemiskinan.

Syeikh Zainul menegaskan agar pinggan dibasuh terlebih dahulu sebelum tidur pada waktu malam. Katanya, melakukan perkara ini bukan sahaja dapat menjauhkan rumah daripada kemiskinan, malah rezeki juga akan dimurahkan.

Bersihkan sinki dapur dan ikat sampah terlebih dahulu sebelum tidur pada waktu malam. (Sumber gambar: Pexels)

#2. Membiarkan rumah dinaiki sawang

Rumah yang tidak dibersihkan dengan sempurna pasti akan mempunyai sawang, terutamanya di sudut siling. Perkara ini perlu dielakkan kerana ia juga merupakan salah satu penyebab kefakiran.

Jika anda nampak sawang di dalam rumah, segeralah membersihkannya. Namun elakkan daripada membunuh labah-labah kerana ia merupakan salah satu haiwan dilarang dibunuh di dalam Islam.

Sumber gambar: Unsplash

#3. Simpan sikat yang patah

Kedengaran pelik bukan? Tapi perkara ini juga disebut sebagai salah satu penyebab kefakiran. Sikat yang sudah patah seeloknya dibuang sahaja dan digantikan dengan yang baharu, walaupun hanya satu giginya yang patah.

Sumber gambar: Pexels

#4. Sikap kedekut

Syeikh Zainul berkata satu lagi perkara yang menjadikan seseorang itu miskin adalah sikap kedekut. Menurut Ustaz Elyas Ismail, orang yang kedekut akan didoakan kemusnahannya oleh malaikat. Ini adalah berdasarkan satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Amalan Agar Dimurahkan Rezeki

Selain daripada mengelakkan diri daripada sebab-sebab kemiskinan, terdapat juga amalan yang boleh dilakukan agar dimurahkan rezeki. Di sini kami kongsikan beberapa amalan tersebut.

  1. Rajin bersedekah. Malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah agar diberi kekayaan kepadanya.
  2. Rajin beristighfar. Memohon keampunan daripada Allah SWT dapat memurahkan rezeki.
  3. Banyakkan bersyukur. Allah SWT berjanji individu yang bersyukur akan ditambahkan nikmatnya.
  4. Tekun berusaha. Usaha dalam mencari rezeki yang halal.
  5. Bergantung pada Allah SWT. Percaya bahawa Allah SWT adalah pemberi rezeki.

Anda juga boleh mengamalkan beberapa doa agar dimurahkan rezeki, seperti:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberiaan yang Engkau berikan.”

إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis.”

Sumber gambar: Unsplash

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd