Now Reading
Kerajaan Komited Perangi Jenayah Siber Menerusi Jalinan Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Kerajaan Komited Perangi Jenayah Siber Menerusi Jalinan Perkongsian Awam-Swasta (PPP)

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata CyberSecurity Malaysia (CSM) menerima 3,327 laporan jenayah siber setakat Julai 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata Kerajaan Perpaduan akan menjalin lebih banyak Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dalam usahanya memerangi jenayah siber, lapor Harian Metro.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenayah Siber Makin Meningkat, SKMM Pertimbang Sekat Telegram Jika Enggan Beri Kerjasama

Menurutnya, PPP yang terbentuk melalui platform sinergi dan neutral merupakan salah satu kaedah paling berkesan dalam menangani jenayah siber.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Makan Malam Gala Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2023 sempena Ekspo dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber Asia (DSA) 2023.

Melalui platform tersebut, kerajaan dapat menjalinkan kerjasama rapat dengan pemain industri keselamatan siber, seterusnya mewujudkan respon yang lebih pantas terhadap serangan siber.

Fahmi berkata jalinan yang dibentuk perlu terus berkembang agar dapat membina kepercayaan dan bersikap terbuka kepada cabaran. Jalinan itu juga berfungsi sebagai perkongsian data secara efektif.

Kami secara aktif berganding bahu dengan rakan kongsi daripada industri hinggalah kepada ahli akademik untuk memberi amaran serta bertindak balas terhadap insiden dan menawarkan bimbingan serta latihan kepada komuniti kita untuk kekal selamat dalam talian.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Tambah Fahmi lagi, bagi merealisasikan kehebatan ekonomi digital Malaysia, keselamatan siber merupakan asas dan prasyarat yang kritikal.

Kita mesti menyepadukan keselamatan siber ke dalam fabrik kesemua inovasi ini, memastikan bahawa langkah keselamatan bukanlah sesuatu yang difikirkan kemudian sebaliknya komponen intrinsik reka bentuk dan pelaksanaan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, CyberSecurity Malaysia (CSM) menerima 3,327 laporan jenayah siber setakat Julai tahun ini dengan 62% daripadanya merupakan kes penipuan.


Rangkaian 5G Di Malaysia Capai 66.8% Liputan

Di samping itu, Fahmi turut menyentuh sedikit berkenaan pembangunan pelancaran rangkaian 5G di Malaysia. Setakat Julai tahun ini, inisiatif itu telah mencapai 66.8% liputan kawasan berpenduduk (CoPA).

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyasarkan supaya rangkaian 5G di CoPA mencapai 80% liputan menjelang akhir tahun. Fahmi optimis kementeriannya dijangka dapat mencapai sasaran itu.

Baru-baru ini, Maxis bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dan melancarkan talian 5G pada 15 Ogos. Perkara ini bermakna semua telco utama di Malaysia menyediakan perkhidmatan talian 5G.

KKD dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia telco serta dua syarikat pengeluar peranti, Samsung Malaysia dan Honor Malaysia, telah mengumumkan Pakej 5G Rahmah pada 7 Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakej 5G Rahmah: Data 60GB RM60 Sebulan & Telefon Pintar RM240 Buat Rakyat Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd