Now Reading
Jenayah Siber Makin Meningkat, SKMM Pertimbang Sekat Telegram Jika Enggan Beri Kerjasama

Jenayah Siber Makin Meningkat, SKMM Pertimbang Sekat Telegram Jika Enggan Beri Kerjasama

Tindakan pihak pengendali Telegram yang enggan beri kerjasama dengan pihak kerajaan berhadapan penyekatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, Telegram dilaporkan enggan memberi kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkenaan aduan yang dilakukan terhadapnya.

Alasan yang diberikan adalah kerana enggan terlibat dengan “sebarang penapisan yang bersifat politik”.

Telegram secara aktif mengawal kandungan berbahaya termasuk penjualan bahan haram dan pornografi, sejak dilancarkan. Telegram juga proaktif memantau bahagian umum di laman pemesejan dan menerima laporan pengguna menerusi aplikasi serta e-mel di abuse@Telegram.org

Jurucakap Telegram, Remi Vaughn

Difahamkan kerajaan telah menerima jumlah aduan tinggi terhadap aplikasi Telegram yang merangkumi isu pornografi dan penjualan dadah melalui platform tersebut.

Malah, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut mengemukan aduan berkenaan penjualan points atau mata kepada doktor di platform berkenaan.


SKMM Pertimbang Sekat Aplikasi Telegram

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membuat pertimbangan berkenaan pelbagai bentuk tindakan ke atas aplikasi Telegram, termasuk menyekat penggunaannya di Malaysia, lapor Harian Metro.

Menurut Zulkarnain Mohd Yasin selaku Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, ini kerana aktiviti jenayah siber yang dilakukan melalui aplikasi Telegram berada di kedudukan lima teratas sekaligus menunjukkan peningkatan yang drastik daripada tempat ke-11 bagi tahun 2019 hingga 2020.

Zulkarnain merasakan tindakan menyekat platform tersebut bukan sahaja penting untuk melindungi pengguna platform, tetapi juga untuk menjamin kedaulatan negara.

Setakat ini, tiada saluran atau pihak rasmi daripada Telegram untuk dihubungi berkenaan isu berbangkit atau membuat susulan lanjut berkenaan sebarang aduan yang diterima.

Telegram tidak ada kemungkinan, keperluan mendaftar, mendapatkan bukti kelayakan (credential) atau diundang untuk menyertai kumpulan sembang, selain tiada pentadbir yang mengawal dan memberi risiko kepada penjenayah siber untuk dikenali. Keadaan ini menjadikannya sebagai platform pilihan bagi penjenayah siber untuk beralih daripada ‘dark web’ kepada laman Telegram.

Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut dilaporkan meminta KKD supaya segera mengambil tindakan terhadap Telegram yang tidak memberi kerjasama berkenaan isu keselamatan siber di platform terbabit.

Peguam Foong Cheng Leong berkata kepada Free Malaysia Today, Seksyen 263 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) membolehkan pihak berkuasa untuk mengarahkan pembekal perkhidmatan internet supaya mengekang akses kepada sebarang laman web atau platform di Malaysia.

Sebab penyekatan termasuk pengedaran bahan lucah, pornografi serta bahan hak cipta seperti filem.

Walau bagaimanapun, Foong berkata pihak Telegram boleh memilih untuk mengabaikan sebarang saman ke atasnya oleh pihak KKD memandangkan bidang kuasanya yang tidak termasuk saman ke atas pembekal perkhidmatan asing.

Menteri KKD, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran Twitter baru-baru ini berkata pornografi merupakan salah satu jenayah yang berlaku. Sehingga kini, pengendali Telegram masih tidak memberikan sebarang kerjasama kepada pihak SKMM.

Pada masa yang sama, platform media sosial lain seperti Facebook, Twitter dan TikTok kesemuanya telah memberi kerjasama dengan pihak kerajaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd