Now Reading
Rangkaian Internet 5G Dijangka Bermula Secara Berperingkat Pada Disember Ini

Rangkaian Internet 5G Dijangka Bermula Secara Berperingkat Pada Disember Ini

Rangkaian internet 5G akan dimulakan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur terlebih dahulu manakala kawasan lain pula dijangka bemula pada tahun 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan bahawa rangkaian internet 5G bakal dicapai secara berperingkat bermula bulan Disember ini.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa rangkaian itu akan dimulakan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur terlebih dahulu manakala kawasan lain pula dijangka bemula pada tahun 2022.

Rangkaian 5G ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain bermula 2022. Kerja-kerja pemasangan juga telah dilakukan sejak September lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu, kerajaan juga mensasarkan kadar penggunaan rangkaian internet 5G dapat dicapai di 80% kawasan dalam tempoh tiga tahun menjelang 2024.

Kerajaan juga bercadang untuk melipatgandakan kadar penggunaan rangkaian 5G di 80% kawasan berpenduduk dalam tempoh tiga tahun menjelang 2024.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, syarikat telekomunikasi mengambil masa hampir lapan tahun untuk mencapai 80% capaian rangkaian internet 3G dan 4G di Malaysia.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd