Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia
Ketika dipertengahan persembahan The 1975, pentas bertukar menjadi gelap sebelum Matty dalam keadaan marah mengumumkan menerusi mikrofon bahawa mereka telah disekat (banned) daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, semalam (21 Julai 2023) telah berlakunya insiden di mana Festival Good Vibes 2023 selama tiga hari di Sepang telah terhenti secara tiba-tiba disebabkan ketidakpatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh Malaysia oleh kumpulan British, The 1975.
Media sosial turut dibanjiri dengan topik ini di mana konsert tersebut dihentikan selepas lagu kelima oleh The 1975 apabila penyanyi utamanya, Matty Healy, membuat ucapan yang penuh dengan kata-kata menentang kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang LGBT.

Bukan itu sahaja, Matty selepas itu bertindak mencium pemain bass The 1975 iaitu Ross McDonalds ketika membuat persembahan di mana aksi kurang sopan itu dilakukan di hadapan ribuan peminat dari Malaysia.
Matty juga difahamkan memegang botol arak ketika di atas pentas serta melakukan aksi kurang sopan iaitu meludah.
Walau bagaimanapun, ketika dipertengahan persembahan kumpulan itu, pentas bertukar menjadi gelap sebelum Matty dalam keadaan marah mengumumkan menerusi mikrofon bahawa mereka telah disekat (banned) daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur.
Okay, that’s it from us, guys. We’re banned from Kuala Lumpur.
Matty Healy, sebelum meninggalkan pentas GVF2023.
Persembahan kumpulan British popular, The 1975 di Good Vibes Festival semalam (21 Julai) didakwa terpaksa disekat selepas Matty Healy membahaskan tentang LGBT di Malaysia.
— The Rakyat Post (BM) (@trpbm) July 22, 2023
Healy juga dengan sengaja mencium ahli kumpulan lelakinya di atas pentas ketika itu. pic.twitter.com/T48a5jQLLy
Penganjur GVF2023 Mohon Maaf, Beri Kelonggaran Untuk Masuk Festival Hari Kedua Atau Hari Ketiga
Penganjur GVF 2023 mengesahkan bahawa persembahan semalam (hari pertama, 21 Julai) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada awal pagi ini adalah disebabkan insiden itu. Walau bagaimanapun, pihak GVF2023 memaklumkan bahawa festival masih akan diteruskan pada hari ini dan esok (22 dan 23 Julai).

Kami menyesal bahawa persembahan The 1975 terpaksa dihentikan awal disebabkan ketidakpatuhan terhadap garis panduan tempatan. Festival Good Vibes 2023 akan berjalan seperti yang dirancang dan kami menantikan kehadiran anda pada Sabtu dan Ahad.
Penganjur Good Vibes Festival 2023 menerusi satu kenyataan rasmi awal pagi ini.
Menerusi kenyataan sama, GVF turut memberikan kelonggaran kepada pemegang gelang festival hari pertama (21 Julai) kini boleh memasuki festival tersebut pada hari kedua (22 Julai) ataupun hari ketiga (23 Julai).
Caranya hanya dengan menunjukkan gelang hari pertama di pintu masuk utama untuk mendapatkan akses.
Menteri Komunikasi Bakal Panggil Penganjur
Mengulas lanjut, perkara ini turut meraih perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil di mana beliau menyatakan akan memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan.
Fahmi menerusi ciapan di Twitter pada jam 3:40 pagi tadi dilihat berang dengan perkara yang dilakukan oleh Matty Healy di atas pentas ketika pertunjukkan berlangsung.
Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi Twitter.
Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh. https://t.co/f4yf4s2XQP
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 21, 2023
Good Vibes Festival, Day One
Untuk korang yang mungkin tidak berpeluang untuk menghadiri Festival Good Vibes 2023, team TRP akan sediakan video recap ini khas buat korang semua sebelum kekecohan yang berlaku disebabkan oleh Matty Healy (no chill).
Antara barisan artis yang melakukan persembahan pada hari pertama adalah:
- Lullaboy
- Lunadira
- Airliftz
- Sabrina Carpenter
- Daniel Caesar
- The 1975
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.