Now Reading
KKD Arah Penganjur Konsert Sediakan ‘Kill Switch’ Jika Berlaku Aksi Tak Senonoh

KKD Arah Penganjur Konsert Sediakan ‘Kill Switch’ Jika Berlaku Aksi Tak Senonoh

KKD telah meminta penganjur konsert supaya memutuskan bekalan elektrik sekiranya berlaku aksi tidak senonoh atas pentas terutamanya buat artis luar negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah meminta penganjur supaya menyediakan ‘kill switch’ dalam konsert anjuran mereka terutamanya untuk artis daripada luar negara.

“Kami telah minta penganjur untuk mewujudkan ‘kill switch’…supaya sekiranya ada insiden yang tidak seronok berlaku, kita boleh ‘kill switch’ serta-merta,” jelas Timbalan Menteri KKD Teo Nie Ching.

Menurut Teo, usaha ini perlu dikuat kuasa agar insiden kontroversi yang dilakukan oleh kumpulan The 1975 di Festival Good Vibes 2023 tidak berulang lagi.

Tambah beliau, perkara tersebut adalah inisiatif baru oleh kementerian selain menempatkan anggota polis dan beberapa agensi lain bagi memantau setiap konsert yang dijalankan dalam negara.


Garis Panduan Menjalankan Konsert Perlu Diketatkan

Garis panduan yang ketat iaitu dengan memutuskan bekalan elektrik sekiranya perkara tidak senonoh berlaku atas pentas adalah penting bagi memastikan artis luar negara mengikuti budaya masyarakat yang diterapkan di Malaysia.

“Sama ada tindakan boleh diambil atau akan diambil terhadap kumpulan itu, bukan di bawah kuasa KKD. KKD memang telah senarai hitam mereka,” katanya.

Kenyataan dikeluarkan oleh Teo itu merupakan maklum balas beliau terhadap persoalan Zulkifli Ismail (PN – Jasin) yang bertanya tentang tindakan kerajaan dalam menangani isu kontroversi dicetuskan oleh The 1975.

Sumber: Unsplash/Malay Mail

Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Pada 21 Julai 2023 lalu, Festival Good Vibes 2023 telah dihentikan pada hari pertama selepas kumpulan British, The 1975 menimbulkan kontroversi.

Untuk makluman semua, penyanyi utama Matty Healy telah menentang kerajaan Malaysia berkaitan undang-undang LGBT serta bertindak mencium pemain bass kumpulannya di khalayak ramai semasa persembahan berlangsung.

Susulan isu tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah mengumumkan pembatalan serta-merta festival konsert yang dianjurkan oleh Future Sound Asia itu.

Fahmi dalam masa sama menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, merendahkan, atau melanggar undang-undang Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matty Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023

Baca Artikel Berkaitan: “Good Vibes Festival Sangat Dekat Di Hati Saya Kerana Ia Ditubuhkan Pada Tahun Anak Saya Lahir” – Ben Law, Founder Future Sound Asia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd