Now Reading
Kementerian Komunikasi & Digital Buat Laporan Polis Terhadap Penganjur GVF2023 Atas Kecuaian Patuhi Peraturan PUSPAL

Kementerian Komunikasi & Digital Buat Laporan Polis Terhadap Penganjur GVF2023 Atas Kecuaian Patuhi Peraturan PUSPAL

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KKD, tindakan yang ditunjukkan oleh The 1975 merupakan satu penghinaan, memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kontroversi yang dilakukan ketika persembahan kumpulan rock British ‘The 1975’ semasa Festival Good Vibes 2023 anjuran Future Sound Asia telah mengakibatkan pembatalan acara berkenaan secara langsung.

Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan meluahkan kesal dengan perlakuan tidak beradab artis kumpulan luar negara itu.

Tindakan yang ditunjukkan oleh artis tersebut merupakan satu penghinaan,
memperlekehkan undang-undang negara dan melanggar tatasusila rakyat Malaysia.

Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar
Negara (JK-PUSPAL), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

KKD melalui JK-PUSPAL telah membuat laporan polis terhadap artis tersebut dan pihak penganjur atas kecuaian serta kegagalan mereka mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PUSPAL.

Ketika permohonan dibuat, pihak penganjur telah memberi jaminan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap persembahan artis tersebut.

JK–PUSPAL telah membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan The 1975 daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

KKD sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan provokasi serta melakukan aksi biadap dalam persembahan yang diadakan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: [Terkini] “Tiada Krompomi” – Fahmi Fadzil Umum Pembatalan Serta Merta Festival Good Vibes 2023

Artikel Berkaitan: Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan Selepas Matt Healy Cium Pemain Bass & Hina Undang-undang LGBT Di Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd