Now Reading
[Terkini] GVF2023: Future Sound Asia (FSA) Hantar Surat Tuntutan Kepada The 1975

[Terkini] GVF2023: Future Sound Asia (FSA) Hantar Surat Tuntutan Kepada The 1975

FSA memaklumkan pihak mereka sangat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh peminat dan pihak berkuasa kawal selia kepada mereka sepanjang tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Future Sound Asia (FSA) selaku penganjur Festival Good Vibes 2023 (GVF2023), telah mengeluarkan Surat Tuntutan kepada kumpulan The 1975 yang menuntut agar kumpulan itu mengakui tanggungjawab mereka dan memberi pampasan kepada pihak FSA di atas insiden yang berlaku di festival tersebut.

FSA menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa, “Kegagalan The 1975 untuk berbuat demikian akan mengakibatkan FSA mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah England”.

Sumber: TRP

FSA dalam masa yang sama menegaskan ketidaksetujuan mereka terhadap tingkah laku The 1975 semasa persembahan mereka di GVF2023. Khususnya, penggunaan bahasa kesat oleh penyanyi utama, Matthew Timothy Healy (Matty Healy), kerosakan peralatan (drone), dan tingkah laku di atas pentas yang tidak senonoh.

Baca Artikel Berkaitan: Future Sound Asia Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Matty Healy

Ia tidak hanya secara terang-terangan melanggar panduan tempatan dan undang-undang Malaysia, tetapi juga mencemarkan reputasi festival yang berusia 10 tahun itu.

Tindakan The 1975 dengan sengaja melanggar perjanjian dengan FSA untuk persembahan mereka di GVF2023. Pelanggaran ini menyebabkan pembatalan festival, yang mengakibatkan kerugian kewangan yang ketara bagi FSA dan memberi impak negatif kepada artis tempatan dan perniagaan yang bergantung kepada kejayaan festival di mana mempengaruhi mata pencarian banyak rakyat Malaysia.

FSA.

Untuk rekod, pada 27 Julai lalu, pihak FSA dan Live Festivals and Events Association (ALIFE) telah mengadakan majlis Sidang Media di The Bee, Publika bagi menangani serta menjawab beberapa soalan tentang ‘stunt’ yang dilakukan oleh The 1975 di Good Vibes Festival.

Hadir bersama pada sidang media tersebut adalah Ben Law, Pengasas dan Pengarah FSA, Wan Alman, Pengarah Pengurusan FSA, Rizal Kamal, Presiden ALIFE, dan Para Rajagopal, Pengerusi ALIFE.

Wan Alman menyatakan bahawa apabila mereka pertama kali mengumumkan barisan artis, peminat sangat bersemangat apabila mengetahui The 1975 turut dijemput pada tahun ini.

Pihak ALIFE sememangnya mengetahui tentang insiden di Dubai pada 4 tahun lalu, tetapi berdasarkan persembahan mereka selepas itu, tiada lagi masalah yang timbul.

Baca Artikel Berkaitan: FSA Pernah Buat Rayuan Untuk Bawa The 1975 Beraksi Di GVF2023 Walau Ada Rekod Buruk. Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd