Now Reading
[Video] Penyokong China Minta ‘Refund’, Bengang Keputusan Seri Dengan Harimau Malaya

[Video] Penyokong China Minta ‘Refund’, Bengang Keputusan Seri Dengan Harimau Malaya

Pasukan bola sepak dari China dan Malaysia telah berlawan untuk aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu pada Sabtu lalu (9 September).

penyokong China minta refund

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dan sokongan kepada perlawanan sukan memang tidak dapat dipisahkan lebih-lebih lagi melibatkan acara badminton dan bola sepak. Kalau salah cakap tentang pasukan kegemaran mereka, memang boleh naik angin.

Artikel Berkaitan: [Video] Provokasi Punca Penyokong Kelantan & Perak FC Bergaduh Di Stadium

Sebelum ini, sukan bola sepak telah menyatukan rakyat Malaysia selepas pasukan Harimau Malaya berjaya mengalahkan Bangladesh dan melayakkan mereka ke Piala Asia 2023.

Kejayaan ini merupakan detik bersejarah buat Malaysia selepas kali terakhir layak ke Piala Asia pada 42 tahun lalu ketika perlawanan pada tahun 1980 di Kuwait.

Artikel Berkaitan: Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023 Lepas Kalahkan Bangladesh Dengan Skor 4-1


Penyokong Pasukan Bola Sepak China Mahu Tuntut Ganti Rugi Kerana Keputusan Seri Dengan Malaysia

Pada Sabtu lalu (9 September), pasukan bola sepak dari China dan Malaysia telah berlawan untuk aksi persahabatan di Stadium Phoenix Hill, Chengdu.

Walau bagaimanapun, aksi perlawanan dengan keputusan seri 1:1 bagi kedua-dua belah pihak telah mencetuskan ketidakpuasan hati kepada penyokong pasukan China.

Menerusi video yang dimuat naik di laman X (Twitter @MagMalaya), sebahagian penyokong China beramai-ramai melaungkan sorakan untuk meminta ganti rugi (refund) dari pihak penganjur kerana dikatakan tidak boleh menerima kenyataan tentang keputusan seri.

Difahamkan, harga tiket perlawanan itu adalah sekitar RM200 dan pasukan China juga telah membawa masuk pemain terbaik untuk mengalahkan pasukan bola sepak Harimau Malaya dari Malaysia.


Netizen Persoal Tindakan Penyokong China Tidak Boleh Terima Keputusan Seri

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan sebahagian penyokong pasukan China yang enggan menerima keputusan seri dari aksi perlawanan menentang pasukan dari Malaysia.

Netizen juga risau jika perkara lebih buruk berlaku sekiranya pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan China ketika perlawanan pada hari tersebut.

Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membuktikan mereka adalah lawan yang bukan mudah untuk ditewaskan.

Sumber: Twitter

Walaupun pasukan bola sepak dari Malaysia ini berada pada kedudukan ke-136 dalam ranking dunia, tetapi itu tidak bermaksud mereka mudah dikalahkan oleh pasukan China berkedudukan ke-80.

Sumber: Twitter (@MagMalaya) | MalayMail


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd