[Video] Provokasi Punca Penyokong Kelantan & Perak FC Bergaduh Di Stadium
Cermin bas yang membawa pemain Perak FC juga didakwa telah pecah selepas dibaling batu oleh penyokong Kelantan FC.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Selain sukan badminton, bola sepak adalah antara sukan yang diminati oleh rakyat Malaysia dan mereka akan memberi sokongan serta semangat kepada pasukan kegemaran.
Kalau salah cakap tentang pasukan kegemaran mereka, memang boleh naik angin.
Sebelum ini, sukan bola sepak telah menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau bangsa selepas pasukan Harimau Malaya berjaya mengalahkan pasukan Bangladesh dan melayakkan mereka ke Piala Asia 2023.
BACA JUGA: Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023 Lepas Kalahkan Bangladesh Dengan Skor 4-1
Penyokong Perak FC dan Kelantan FC bergaduh
Satu kejadian telah berlaku baru-baru ini apabila pasukan penyokong bola sepak tempatan dikatakan bertindak agresif dengan bergaduh antara satu sama lain.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Twitter (@nocontextbolamy), dapat dilihat beberapa penyokong membaling botol dari tempat duduk atas selepas pasukan Kelantan FC tewas 1-2 dengan Perak FC.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) August 10, 2022
Insiden tersebut bertambah kucar-kacir selepas penyokong Perak FC meraikan kemenangan dengan cara melakukan beberapa aksi provokasi kepada penyokong Kelantan FC.
Difahamkan, beberapa penyokong Perak FC telah membuang air kecil serta membakar bendera Kelantan ketika berada di padang bola sepak.
Buat malu fans perak ja yeop.better cari siapa lahanat yang kencing dan bakar bendera kelantan untuk redakan kemarahan fans kelantan.Dahlah kelab baru nak naik,dah buat perangai macam ni.Kimak betul,Kelab ni baru nak bernyawa balik ja.Macam mana bola sepak dekat malaysia nak maju
— DindingAzlinMohdYusof (@Issokayy_) August 10, 2022
Dgr cita ada fans perak kencing atas padang
— zazaza (@yoyoiweg) August 10, 2022
Pihak polis tahan tiga individu
Memetik laporan The Sun Daily, pergaduhan tersebut melibatkan lebih 100 orang penyokong dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Pihak polis juga sempat meleraikan pergaduhan yang berlaku pada jam 6.30 petang.
Dalam kejadian tersebut, pihak polis telah menahan tiga individu kerana telah menyebabkan kerosakan iaitu cermin pecah pada bas yang membawa pemain Perak FC.

Ramai yang kesal dengan tindakan kedua-dua pasukan penyokong
Di media sosial, ramai memberi maklum balas kurang senang terhadap insiden yang berlaku melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.
Boleh haram kan terus penyokong mcm ni .xyah dtg ke stadium…bila org dh tnggu dkt luar tau pun takut x nk kluar stadium lgi,,jgn cri pasal,mai tmpt org ni… pic.twitter.com/NmAPpk4NfA
— Shah (@Shah818500) August 10, 2022
Dtg Stadium kelate acah nk brseluar pendek pastu nk provoke pihak lawan, bukan masalah koyak tk koyak tp adab sbgai penyokong, knpe bfore this pyokong kelate bhave je bila dpat team JDT 2, Sarawak tp smpai Perak 2 dpat pnyokong serupe beruk 🥱
— موحمد فرحن ايشراف (@frhnisyraf_) August 11, 2022
Mcm budak2 perangai masing2 dah lupa lah tu kelab dia dulu mcm mana
— Que 🇲🇾 (@HzqiAdil) August 10, 2022
Menang atau kalah itu adat permainan. Jangan terlampau ikut perasaan sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.