Now Reading
Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023 Lepas Kalahkan Bangladesh Dengan Skor 4-1

Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023 Lepas Kalahkan Bangladesh Dengan Skor 4-1

Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia adalah 42 tahun lalu pada 1980 ketika di Kuwait.

skuad harimau malaya layak ke piala asia 2023 (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sukan bola sepak sememangnya menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau bangsa.

Semalam (14 Jun), rakyat Malaysia meraikan kemenangan apabila pasukan bola sepak Harimau Malaya telah berjaya mengalahkan pasukan dari Bangladesh dengan skor 4-1 ketika perlawanan pusingan kelayakan Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan tersebut sekaligus telah melayakkan Malaysia untuk mara ke Piala Asia 2023 menerusi slot tempat kedua terbaik kumpulan selepas mengumpul enam mata serta mempunyai kelebihan dari segi perbezaan jaringan.

Kejayaan ini merupakan detik bersejarah buat Malaysia selepas kali terakhir layak ke Piala Asia pada 42 tahun lalu ketika perlawanan pada tahun 1980 di Kuwait.

Skuad Harimau Malaya juga pernah beraksi dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia pada tahun 2007 apabila menjadi tuan rumah kejohanan tersebut namun tidak berjaya menempah sebarang kemenangan.

Sumber: Kosmo

Perlawanan Piala Asia

Piala Asia 2023 merupakan perlawanan bola sepak lelaki di benua Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Perlawanan edisi ke-18 ini dijadualkan bakal berlangsung pada 16 Jun 2023 sehingga 16 Julai 2023.

Malaysia dilihat bakal berentap dengan 23 lagi pasukan terbaik di benua Asia dalam Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan atau Australia.

BACA JUGA: MPs To Play Football For Charity? Syed Saddiq Says Bring It On

Sumber: Facebook FAMalaysiaOfficial

Rakyat Malaysia bangga dengan skuad Harimau Malaya

Kemenangan skuad Harimau Malaya itu sudah pastinya menggembirakan hati rakyat Malaysia apabila media sosial penuh dengan ucapan tahniah kepada pasukan ini.

Sorakan peminat serta tepukan yang dikenali sebagai ‘Viking Clap’ juga bergema dan cukup membuatkan bulu roma berdiri tegak melihat semangat para peminta ketika di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Perdana Menteri juga ucap tahniah

Kemenangan ini turut diraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau juga dilihat menonton perlawanan tersebut di stadium semalam (14 Jun).

Kemenangan skuad Harimau Malaya itu juga membuatkan ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Ismail Sabri di laman Instagram (ismailsabri60) dipenuhi dengan permintaan netizen untuk diberikan cuti peristiwa khas bersempena dengan kejayaan pasukan Malaysia.

Kami dari team TRP juga turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan membawa Malaysia ke Piala Asia 2023 selepas penantian selama 42 tahun.

Semoga segala persiapan rapi dipermudahkan dan berjalan lancar untuk menghadapi perlawanan pada pertengahan tahun hadapan.

Goodluck team Harimau Malaya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd