Now Reading
[Video] Aksi Pemandu Bawa Kereta Di Jalan Dengan Nozel Pam Minyak Lupa Dicabut Bikin Netizen Berdekah

[Video] Aksi Pemandu Bawa Kereta Di Jalan Dengan Nozel Pam Minyak Lupa Dicabut Bikin Netizen Berdekah

Seorang penunggang motosikal dilihat menegur pemandu Axia tersebut sambil menunjukkan nozel pam minyak yang berada pada tangki kenderaan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali kenderaan anda menunjukkan petanda hampir kehabisan minyak, lokasi pertama yang ingin dituju adalah stesen minyak.

Selain anda mengisi minyak kereta sendiri, sesetengah tempat mempunyai pekerja mereka yang akan membantu pengguna untuk mengisikan minyak.

Senang kata selepas anda bayar di kaunter, boleh terus masuk kereta dan menunggu sehingga pekerja selesai mengisikan minyak.


Pemandu Dipercayai Terlupa Cabut Nozel Pam Minyak Pada Kereta

Namun baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@mfg_paqiqo) sempat merakam satu situasi yang dilihatnya ketika sedang berhenti di sebuah lampu isyarat.

Situasi itu menunjukkan sebuah kereta berwarna kelabu jenis Perodua Axia mempunyai nozel pam minyak yang masih ‘melekat’ pada tempat mengisi minyak seolah-olah tidak dicabut selepas mengisi minyak.

Situasi tersebut turut disedari oleh pengguna jalan raya lain yang kebetulan turut berada di sana.

Peka dengan apa yang berlaku, seorang penunggang motosikal menegur pemandu Axia tersebut sambil menunjukkan nozel yang berada pada kenderaan tersebut.

Selepas teguran itu dibuat, pemandu berkenaan dilihat keluar dari barisan lampu isyarat dan memasuki lorong persimpangan di sebelah kiri pula.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 5.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@mfg_paqiqo/video/7361581445153901831?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pemandu Axia Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan situasi yang ditonton dalam video berkenaan. Mana tidaknya, bukan selalu dapat tengok perkara itu berlaku.

Malah, netizen juga tertanya-tanya mengenai situasi yang berlaku di stesen minyak berkenaan ketika nozel pam berkenaan ditarik oleh kereta terbabit.

“Mesti suasana petrol kat stesen tu tengah kalut masa tu,” tanya netizen.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang sempat membuat gurauan kononnya kereta tersebut tidak akan kehabisan minyak kerana nozel minyak sentiasa ‘mengisi’ tangki.

“Memang tak habis la minyak kalau macam ni, masa jalan pun mengisi,” kata netizen.

Sesetengah netizen pula mendakwa bahawa nozel pam minyak berkenaan adalah milik stesen minyak di Kampung Buluh, Setiu, Terengganu. Walau bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd