Now Reading
Tular Babak Hannah Delisha Murung Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Wanita Minta Orang Ramai Cakna Isu Kesihatan Mental

Tular Babak Hannah Delisha Murung Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Wanita Minta Orang Ramai Cakna Isu Kesihatan Mental

Wanita dikenali sebagai Farah berkata dirinya juga pernah berdepan dengan masalah gangguan mental dan terpaksa menghadapinya seorang diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam Malaysia. Sakit mental juga merupakan penyakit kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung.

Memetik Harian Metro, statistik mendedahkan 29% daripada jumlah populasi negara mengalami masalah gangguan mental.

Masalah depresi yang dialami oleh seseorang boleh dilihat melalui pelbagai simptom antaranya suka duduk bersendirian.


Watak Hannah Delisha Alami Depresi Jadi Tumpuan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@farahhjuhairi), menyaksikan sebuah babak di dalam siri drama Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3.

Dalam senario tersebut, kelihatan pelakon Hannah Delisha yang memainkan watak Batrisya sedang terbaring di atas katil sambil tangannya diikat. Dalam video sama, Batrisya yang sembab matanya hanya termenung jauh dan mendiamkan diri.

Drama Lelaki Itu.

Untuk info, Batrisyia mengalami tekanan mental dan juga depresi akibat beberapa insiden yang dilaluinya. Antaranya:

  • Mengetahui suami yang dicintai rupanya adalah abang kandung.
  • Bapa yang baru sahaja meninggal dunia.
  • Kandungan janin yang dipaksa digugurkan.
  • Dikurung oleh si ibu.

Walaupun kesihatan mental tersebut telah didiagnos oleh doktor, namun ibu Batrisyia berkeras supaya dia tidak mendapatkan rawatan lanjut di hospital.


Wanita Terkesan Lihat Babak Depresi Oleh Hannah Delisha

Melihat kepada keadaan Batrisyia sebegitu, pemilik akaun TikTok (@farahhjuhairi) dikenali sebagai Farah berkata dia berasa agak terkesan melihat situasi tersebut.

Hal ini kerana, Farah sebelum ini pernah berdepan pengalaman sama di mana keadaan emosinya tidak terkawal.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

“Saya rasa sakit, gelisah, marah dan emosi saya sakit. Aku bersyukur sebab boleh tolong diri sendiri untuk berjumpa dengan psikiatri,” ujar Farah.

Jelasnya, dia teringat situasi dialaminya dahulu apabila Farah duduk bersendirian di dalam bilik bagi mengawal emosi dan melawan depresi. Tambahnya lagi, kesihatan mental tersebut tidak boleh dirawat melalui fizikal sahaja kerana ia bermain dengan minda.

Rasa sakit itu wujud tetapi tidak boleh dicapai. Sakit sangat.

Farah.

Wanita Minta Orang Ramai Cakna & Bantu Pesakit Mental

Dalam pada itu, dia turut meluahkan kebimbangannya terhadap mereka yang berdepan dengan depresi tetapi tidak mendapat sokongan sosial daripada orang sekeliling.

Ada ke orang dengar tangisan mereka (individu alami depresi)? Ada ke orang sekeliling bantu pulihkan masalah mereka?

Farah.

Farah menerusi kapsyen perkongsian meminta orang ramai untuk cakna bahawa depresi ini adalah satu bentuk penyakit yang tidak boleh diambil ringan selain menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Bukan aib (depresi), bantu dan dengarkanlah teriakan mereka (pesakit) yang meminta tolong untuk kekal hidup. Kami tak minta untuk sakit sebegitu. Kami pun nak kembali hidup normal macam orang lain,” ujar wanita tersebut.

https://www.tiktok.com/@farahhjuhari/video/7361080966607162625

Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan dan luahan hati Farah tentang penyakit mental.

“Tolong sesekali dengarkanlah apa yang nak diluahkan (pesakit mental), bukannya disalahkan balik,” kata seorang individu.

Sementara itu, ramai juga telah berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan depresi.

“Sama seperti saya. Saya berjuang nak pulihkan diri sendiri. Nangis tu tak perlu nak cakap, memang kalau boleh setiap masa. Kemudian saya mengalihkan perhatian dari nangis dan lakukan perkara yang membuatkan saya gembira,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@farahhjuhairi)

Talian Bantuan Untuk Menangani Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa pusat khidmat yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA)

BEFRIENDERS @KL

  • No telefon: +6 03 7956 8145 (24 hours) Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm hingga tengah malam)
  • E-mel: sam@befrienders.org.my
  • Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd