Now Reading
Insiden Faisal Halim Disimbah Asid: Ini Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Ia Berlaku!

Insiden Faisal Halim Disimbah Asid: Ini Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Ia Berlaku!

Jelas doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki, melecur akibat simbahan asid boleh merebak dengan cepat dan menyebabkan kulit rosak dalam beberapa minit sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 5 Mei lalu, pemain sayap skuad kebangsaan Faisal Halim dilaporkan disimbah asid oleh seorang individu tidak dikenali.

Menerusi foto yang tular di media sosial, kelihatan bahagian badan dan tangan di sebelah kiri Faisal mengalami luka melecur akibat terkena bahan kimia terbabit.

Faisal yang juga tonggak utama Selangor FC itu diserang selepas bermain go kart di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Damansara.

Baca Artikel Berkaitan: Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi


Doktor Kongsi Langkah Perlu Diambil Jika Disimbah Asid

Susulan isu yang heboh pada ketika ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Aliff Zaki menerusi hantaran di akaun TikTok (@alepza11) berkata simbahan asid akan menghasilkan kecederaan yang lebih kurang sama seperti kebakaran.

Kesan melecur pada anggota badan boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti api (thermal burn), asid atau alkali kuat (chemical burn), terkena renjatan elektrik (electric burn) dan gas panas (gas burn).

Dalam kes ini iaitu chemical burn, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh anda bagi mengelakkan kesan melecur pada badan mangsa merebak. Antaranya:

  • Mengalirkan air pada bahagian terkena asid secepat yang mungkin.
  • Masuk ke dalam kolam dan sungai jika berada berhampiran dengannya.
  • Gunakan sabun pada bahagian melecur jika ada kerana bahan yang bersifat alkali itu akan menyebabkan tindak balas bersama asid menjadi neutral.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Jelasnya lagi, aksi orang ramai yang menyimbah air pada badan Faisal ketika waktu kejadian adalah satu tindakan bagus.

Selain itu, Dr Aliff turut menegaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan dengan pantas kerana asid mampu merosakkan kulit hanya dalam beberapa minit sahaja.

Kalau lambat takut (melecur) dari second degree jadi third degree. Kalau dah third degree, ketebalan penuh kulit melecur lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Luka tak sempat baik, dapat jangkitan paru-paru pula.

Dr Aliff.

Cara Merawat Kesan Melecur

Dari aspek rawatan kecederaan terbabit, kaedah bagi setiap jenis melecur adalah sama. Perkara penting yang harus dipastikan adalah tahap melecur mangsa tersebut kerana itu yang menentukan hala tuju rawatan.

Jika ia melibatkan bahagian yang istimewa seperti muka, kemaluan atau sendi-sendi kecil di bahagian jari, rawatan segera perlu diambil agar anggota badan itu tidak mengeras.

Tangan yang sudah mengeras akibat asid pula perlu dirujuk dengan doktor ortopedik agar bahagian tersebut kembali pulih dan berfungsi dengan baik.

@alepza11 Semoga kesembuhan secepat mungkin kepada kedua-dua pemain bolasepak kita🤲🏻 #dralphazaki ♬ original sound – Alpha Zaki

Faisal Halim Disahkan Melecur Tahap Empat

Terkini, keadaan Faisal dilaporkan semakin serius apabila disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar di mana dia turut menyeru agar para peminat sukan tanah air mendoakan yang terbaik buat bintang Harimau Malaya berkenaan.

Sumber: X (@OnefootballM)

Selepas menjalani pembedahan pertama, Faisal kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan sedang dipantau oleh pakar.

Apa yang saya boleh kata (keadaan Faisal), pergerakan dan percakapan beliau terbatas kerana kesannya ada di bahagian muka (iaitu) pipi, hidung dan mulut ada sikit. Di bahagian badan dan tangan belah kiri agak teruk, itu yang jejaskan pergerakan beliau.

Shahril Mokhtar.

Memetik Harian Metro, Faisal juga akan berada di bawah pemantauan rapi oleh pihak hospital sekurang-kurangnya selama 10 hari.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Melecur Di Bilik TNB Jalani Pembedahan Tampal Kulit

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Melecur Hampir 95%, Proton Wira Dilapor Meletup & Terbakar Di Alor Setar, Kedah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd