Now Reading
Kanak-kanak Melecur Di Bilik TNB Jalani Pembedahan Tampal Kulit

Kanak-kanak Melecur Di Bilik TNB Jalani Pembedahan Tampal Kulit

Mohd Dawisy yang dilaporkan melecur akibat renjatan elektrik dalam bilik jana kuasa TNB telah menjalani pembedahan menampal kulit di Hospital Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kanak-kanak lelaki 12 tahun dikenali sebagai Mohd Dawisy Zarif yang dilaporkan melecur hampir keseluruhan badan akibat terkena renjatan elektrik Khamis lalu (16 November) telah menjalani pembedahan menampal kulit semalam (20 November).

Menurut ibunya Suhana Samsudin, 37, pembedahan tersebut berlangsung pada jam 12 tengah hari di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Pembedahan berkenaan dijalankan bagi menampal kulit namun saya tidak difahamkan dengan lanjut oleh doktor.

“Saya masih menunggu sehingga pembedahan selesai dan hanya berdoa supaya semuanya selamat kerana rindu serta sudah tidak sabar mahu peluk erat Mohd Dawisy Zarif,” katanya dipetik Berita Harian.


Ibu Mangsa Minta Semua Pihak Beri Ruang

Sementara itu, Suhana berkata bahawa insiden tersebut menyebabkan fikirannya sangat bercelaru dan penuh dengan emosi.

Abang kembar kepada mangsa juga dikatakan lebih memilih untuk berdiam diri selain mengadu dia teringat kepada si adik.

“Sebagai seorang ibu, memang hancur hati saya bagi menghadapi semua ini, jadi diharap semua pihak dapat beri kami ruang untuk menempuh detik sukar.

“Saya tidak mahu apa-apa serta belum pertimbang sebarang tindakan, cuma mahu Mohd Dawisy Zarif pulih dan sihat dahulu,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Suhana dalam masa sama berharap agar orang ramai berhenti menularkan video kejadian kerana ia amat mengganggu emosi kesemua ahli keluarga pada ketika ini.

“Bayangkan jika video rakaman anak anda menggelupur kesakitan ditularkan dan percayalah, bagi saya ia amat menyakitkan sehingga kerap bermimpi kejadian itu,” jelasnya.


Mangsa Terkena Renjatan Elektrik Lepas Masuk Bilik Janakuasa TNB

Terdahulu, mangsa telah memasuki bilik janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Kampung Bukit, Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk mengambil sebiji bola.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru Mohamad Hirman Md Rodzi, maklumat awal yang diterima mendapati Mohd Dawisy telah tersentuh perkakas elektrik di dalam bilik janakuasa sebelum terkena renjatan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke HPP dan ditidurkan sepanjang rawatan sejak hari kejadian.

Mohd Dawisy dilaporkan mengalami 50% melecur di seluruh badan serta sedang bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Baca Artikel Berkaitan: Budak 12 Tahun Melecur Akibat Renjatan Elektrik Ketika Ambil Bola Dalam Bilik Janakuasa TNB


TNB Tanggung Kos Rawatan Perubatan Mangsa

Sebelum ini, TNB dalam satu kenyataan meluahkan rasa simpati terhadap insiden duka cita yang menimpa mangsa serta ahli keluarga.

Bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat rawatan yang terbaik, Head of Zone Asset TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam telah menyalurkan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa untuk meringankan beban mereka.

Susulan itu, TNB telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan lanjut.

TNB turut menubuhkan pasukan siasatan dalaman sendiri selaras dengan dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan orang awam.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir Di Kelantan

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Melecur Hampir 95%, Proton Wira Dilapor Meletup & Terbakar Di Alor Setar, Kedah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd