Now Reading
3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir Di Kelantan

3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir Di Kelantan

Adik mangsa memberitahu terdapat kabel yang terdedah di tiang elektrik berhampiran sebelum kakaknya terkena renjatan.

3 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Banjir Di Kelantan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Negeri di Pantai Timur Malaysia kini dilaporkan mengalami hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan kenaikan paras air yang membimbangkan.

Kejadian banjir yang berlaku di Terengganu telah mengakibatkan korban pertama melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun akibat terjatuh dalam deras air banjir.

BACA JUGA: Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Mangsa Pertama Maut Dalam Banjir Di Terengganu

3 Orang Mangsa Banjir Meninggal Dunia Akibat Renjatan Elektrik

Terbaharu, satu lagi kejadian malang berlaku kepada mangsa banjir di Tumpat, Kelantan apabila tiga beradik disahkan maut selepas terkena renjatan elektrik di kawasan rumah mereka yang ditenggelami air pada paras kaki.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11:45 pagi hari ini (19 Disember) di Kampung Morak itu dipercayai mula terjadi selepas salah soerang mangsa memegang tiang elektrik berhampiran rumah mereka ketika ingin meninjau paras kenaikan air.

Sumber: PDRM

Menurut laporan Astro Awani, adik mangsa iaitu Mohd Anim Mohd Nazir berusia 25 tahun memberitahu terdapat kabel elektrik yang terdedah di tiang elektrik berhampiran sehingga menyebabkan kakak keduanya terkena renjatan dan rebah.

Dua lagi kakaknya ingin membantu mangsa yang rebah pada ketika itu tetapi turut terkena renjatan elektrik sebelum mereka juga meninggal dunia.

Kesemua jenazah mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.


Tips Ketika Menghadapi Bencana Banjir

Umum sedia maklum, keadaan hujan berterusan di beberapa negeri di Malaysia memperlihatkan banyak kawasan telah terjejas kerana banjir musim tengkujuh kali ini.

Berikut adalah panduan kepada anda sebagai persiapan bagi menghadapi bencana banjir.

Antaranya:

  • Simpan bateri telefon
  • Minta tolong hubungi talian bantuan
  • Jangan redah air banjir
  • Elakkan keluar rumah untuk kurangkan kesesakan lalu lintas
  • Senaraikan talian bantuan
  • Letakkan dokumen penting di tempat tinggi
  • Jaga kebersihan dan keselamatan barang peribadi
  • Beri bantuan kewangan kepada institusi yang sah

Pengalaman mematangkan kita. Mungkin untuk mereka yang pertama kali menghadapi banjir agak tertanya-tanya tentang persediaan yang perlu dilakukan.

Kami doakan semoga banjir di kawasan terjejas semakin baik.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd