Now Reading
Penyewa Selamba Tak Bayar Sewa Rumah Lebih 4 Tahun Siap Ada Tunggakan Bil Elektrik RM21,000 Raih Perhatian Ramai

Penyewa Selamba Tak Bayar Sewa Rumah Lebih 4 Tahun Siap Ada Tunggakan Bil Elektrik RM21,000 Raih Perhatian Ramai

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dari warganet yang hairan apabila TNB tidak mengambil tindakan walaupun mempunyai tunggakan bil elektrik yang banyak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi segelintir individu, ada yang membuat perkhidmatan sewa bilik atau rumah bagi menjana pendapatan sampingan menggunakan aset sedia ada.

Namun, tidak semua orang bernasib baik mendapat penyewa yang bertimbang rasa dan menjaga kediaman yang disewa seperti milik mereka.

Ini kerana masih ada segelintir penyewa yang tidak bertanggungjawab dengan tidak membuat bayaran sewa rumah serta bil utiliti antaranya seperti bil elektrik hingga menyusahkan orang lain.

Penyewa Tak Bayar Sewa 4 Tahun, Bil Elektrik Tertunggak Lebih RM21,000

Itulah yang dikongsikan oleh seorang perunding hartanah mengenai sikap penyewa sebuah rumah yang bakal dilelong.

Menurut perunding yang dikenali sebagai Rubi Hasman, dia mendakwa pemilik sebenar rumah berkenaan telah menghilangkan diri dan hanya tinggal penyewa sahaja yang mendiami kediaman tersebut.

Apa yang mengejutkan adalah penyewa itu telah menetap lebih empat tahun secara percuma tanpa membayar sewa rumah serta bil elektrik hingga mempunyai tunggakan lebih RM21,000.

Sumber: Facebook

Penyewa Tahu Rumah Akan Dilelong

Tambah Rubi lagi, penyewa rumah tersebut tahu mengenai status rumah berkenaan yang bakal dilelong dan dia ada berjumpa dengan penyewa tersebut selepas rumah berjaya dilelongkan.

“Penyewa setuju untuk keluar dalam masa dua bulan lagi. Selepas dia keluar, dia tinggalkan kami bil elektrik dengan harga RM21k+.

“Sebenarnya kami dah tahu dah tentang tunggakan tu. Ye lah, sebelum bid mesti dah cek segala bil-bil kan,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, Rubi memaklumkan bahawa dia bernasib baik pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenepikan bil berkenaan yang membabitkan rumah lelong.

Walau bagaimanapun, kami mendapati hantaran asal mengenai perkara ini telahpun dipadam oleh Rubi.

Sumber: Facebook

Hantaran Jadi Perhatian Warganet

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka hairan dan tertanya-tanya sebab rumah berkenaan tidak dipotong bekalan elektrik oleh TNB walaupun mempunyai tunggakan dengan jumlah yang banyak.

Ada juga segelintir yang mengecam sikap penyewa berkenaan yang tidak bertanggungjawab yang hanya tinggal dirumah berkenaan secara percuma dan membiarkan sahaja bil elektrik berkenaan.

Nasihat Pemilik Rumah Sewa Agar Berjaga-Jaga

Menerusi hantaran terbaharu, Rubi ada membuat penjelasan mengenai bil elektrik yang diketepikan oleh TNB.

Menurut wanita berkenaan, pengenepian bil itu hanya akan diberi kepada pembeli rumah lelong dan bukan kepada pemilik rumah atau pemilik berdaftar dengan TNB di mana pemilik asal masih lagi menanggung hutang berkenaan.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa TNB tidak boleh menceroboh rumah individu sekiranya kediaman berkenaan dikunci oleh pemilik rumah.

Dia turut menasihatkan agar pemilik rumah untuk memantau bil elektrik rumah yang disewa supaya tidak berhadapan dengan masalah tunggakan seperti itu.

Untuk kes yang tunggakan elektrik tu, saya nak highlightkan beberapa perkara: 1. Untuk waive tu, maksudnya pembeli…

Posted by Rubi Hasman on Sunday, 7 January 2024

TNB Beri Maklum Balas Mengenai Potongan Bekalan Elektrik

Isu sama turut dijelaskan oleh TNB menerusi satu ciapan balas selepas ianya dikongsikan di akaun @MALAYSIAVIRALL.

Jelas TNB, arahan pemotongan bekalan elektrik adalah bergantung kepada pihak Kedai Tenaga.

Pihaknya tidak akan melakukan pemotongan tersebut walaupun premis berkenaan mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi dan berada dalam keadaan berkunci.

Ini kerana pihak mereka tidak dibenarkan menceroboh premis tanpa kebenaran pemilik.

Berikut antara komen warganet:

“Peliknya TNB Tak Potong Elektrik Selepas Tak Bayar Bil Berbulan-Bulan”

“Macam Mana Tertunggak Sampai Puluh Ribu”

“Sebab Tu Bila Kita Bagi Sewa, Kita Kena Suruh Dia Buka Akaun TNB & Bil Air Sendiri”

“Patut Sewa Rumah Disekalikan Dengan Bil Air & Elektrik”

“Pernah Kena Sekali Dengan Penyewa Dari Neraka Macam Ni”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd