Now Reading
Bekas Pekerja TNB Kongsi Ilmu & ‘Hacks’ Atasi Bil Api Tinggi

Bekas Pekerja TNB Kongsi Ilmu & ‘Hacks’ Atasi Bil Api Tinggi

Antara tips mengurangkan bil elektrik rumah adalah dengan menggunakan lampu jenis LED (diod pemancar cahaya).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, keadaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini mampu membebankan orang ramai bagi menanggung kos sara hidup.

Tambah pula dengan kos bil elektrik rumah yang tinggi, memang pening kepala dibuatnya. Namun usah risau, terdapat pelbagai cara bagi menangani perkara tersebut.


‘Trick’ Jimat Kos Bil Api

Baru-baru ini, tular satu bebenang menerusi laman X (Twitter @joeboyking93) apabila lelaki yang dipercayai bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) tekah berkongsi info serta tips untuk mengurangkan bil elektrik pengguna di rumah. Antaranya:

#1. Guna Portable Solar Power Supply

Menurut Joe, portable solar power supply mempunyai solar panel iaitu penggunaan sumber tenaga dari alam semula jadi. Senang sahaja, anda hanya perlu meletakkan alat tersebut berjemuran di bawah matahari bagi menyimpan tenaga janaan solar.

Alat itu juga boleh digunakan untuk tiga ke empat jenis peranti dalam waktu yang sama seperti laptop atau telefon. Sekiranya berlaku blackout di rumah, alatan tersebut mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Senang cerita memang wajib ada satu di setiap rumah.

Sumber: X (@joeboyking93)
#2. Guna Lampu Jenis LED

Penggunaan lampu LED (diod pemancar cahaya) mampu mengurangkan bil api di rumah sehingga 25 ke 30%. Buat anda yang berminat untuk bertukar ke lampu jenis itu, jangan lupa periksa dulu pada bahagian pembungkusan sama ada ia mempunyai cop SIRIM atau tidak.

Cop itu berfungsi sebagai satu indikator sama ada alatan tersebut memenuhi spesifikasi keselamatan bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan serius.

Kenapa lampu ini menjimatkan tenaga? Hal ini kerana ia menggunakan kapasiti tenaga paling minimum selain tidak bergantung pada haba untuk mengeluarkan cahaya.

Sumber: ERomman
#3. Tukar Kepada Peti Ais Jimat Elektrik

Peti ais jenis jimat elektrik diuji, dinilai dan diberi skor sama ada alatan itu mengikut kriteria ditetapkan oleh pihak Standard Prestasi Tenaga Minimum (MEPS).

Barangan elektrik yang memenuhi syarat kemudiannya diberikan skor kebiasaannya 3-5 bintang. Ia juga menandakan bahawa penggunaan alatan tersebut mampu mengurangkan kos bil elektrik di rumah. Kalau anda pergi ke kedai peralatan rumah untuk membeli peti ais baru, jangan lupa cari yang jenis jimat elektrik.

Sumber: Shoptrack/X (@joeboyking93)
#4. Guna Penghawa Dingin Dengan Betul

Kalau anda perasan di sesetengah rumah, pasti mereka akan menetapkan suhu mencecah 16 celcius ekoran cuaca di Malaysia yang panas. Namun tabiat tersebut akan memberi implikasi terhadap bil elektrik yang tinggi pada setiap bulan.

Baca Artikel Berkaitan: Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik

Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, anda haruslah menggunakan penghawa dingin dengan cara yang betul seperti:

  1. Memilih horse power (hp) mengikut kapasiti ruangan rumah.
  2. Pastikan penghawa dingin mempunyai skor 5 bintang.
  3. Menetapkan suhu pada 25 hingga 28 celcius.
  4. ‘Set timer’ agar penghawa dingin berhenti secara automatik pada waktu tidak digunakan.
Sumber: Pexels

Mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang tersebut, Joe berkata dia mengetahui jenama penghawa dingin berkualiti tinggi, murah dan mudah untuk dipasang. Antaranya adalah:

  • Midea 1.5 HP Xtreme Save R32 Inverter Air Conditioner.
  • TCL 1.0 HP Non-Inverter Air Conditioner.
  • Toshiba 1.0/1.5 HP Air Conditioner R32 High Power.
  • Sharp 1.0/1.5 HP J-Tech Inverter.
  • Haier DC Inverter R32 Smart Clean Expert.

Kepentingan Penjimatan Elektrik

Lazimnya, anda mengetahui penjimatan elektrik di rumah mampu mendorong kepada bil yang lebih murah. Namun begitu langkah penjimatan itu juga mampu kebaikan kepada perkara lain.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: TNB

Antara kepentingan penjimatan elektrik yang disenaraikan oleh pihak TNB adalah:

  • Tangani masalah perubahan iklim.
  • Kelestarian alam sekitar.
  • Elak pembaziran tenaga.

Baca Artikel Berkaitan: TNB Kongsi Tips Berguna Untuk Jimat Elektrik Ketika PKP

Baca Artikel Berkaitan: Tak Dapat Kawal Bil Yang Tinggi? TNB Kongsi Tips Jimat Elektrik Di Musim PKP


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd