Now Reading
Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik

Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik

Antara kaedah yang boleh dilakukan bagi menjimatkan penggunaan elektrik adalah menetapkan suhu aircond dengan betul dan gunakan aircond dengan teknologi inverter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Cuaca panas di Malaysia membuatkan rata-rata penduduk memiliki pendingin hawa atau aircond untuk keselesaan seisi keluarga.

Penggunaan aircond memang akan meningkatkan bil elektrik korang. Tapi korang tahu tak ada beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk kurangkan kadar bil elektrik akibat penggunaan aircond?

Aircond yang digunakan dengan cara yang salah akan meningkatkan kadar bil elektrik.

Bab aircond ini memang ramai yang salah cara penggunaannya. Hal ini menyebabkan aircond menjadi penyumbang kadar bil elektrik yang tinggi. Terdapat beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik itu dari penggunaan aircond.


#1. Guna Aircond Dengan HP Yang Betul

Apabila korang mula-mula beli aircond, pastikan untuk dapatkan aircond dengan horsepower (HP) yang mencukupi. HP perlu dipilih berdasarkan luas kawasan bilik dengan kiraan seperti di bawah.

HP = (Luas kawasan bilik x 60)/ 9000

Sebagai contoh, bilik yang bersaiz 12′ x 10′ perlu menggunakan aircond berkuasa 0.8 HP. Oleh itu, aircond 1HP adalah yang paling bersesuaian bagi bilik tersebut.

Boleh juga menggunakan aircond 1.5HP, tetapi pada kuasa 2HP sudah melebihi kuasa yang diperlukan.

Tujuan menggunakan aircond dengan kuasa HP yang bersesuaian adalah untuk mengurangkan pergerakan kompresor. Hal ini adalah kerana semakin banyak kompresor bergerak, semakin tinggi penggunaan elektrik.

Penggunaan aircond yang betul akan membantu kompresor untuk berhenti dan bergerak pada selang waktu yang agak panjang, seterusnya menjimatkan bil elektrik.

Sumber gambar: lifeforstock/ Freepik.

#2. Aircond Dengan Teknologi Inverter

Kadar elektrik dapat dikurangkan dengan menggunakan aircond yang mempunyai teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor aircond.

Apabila penggunaan eletrik oleh kompresor lebih stabil, elektrik dapat dijimatkan. Perkara ini boleh lebih difahami dengan merujuk kepada graf penggunaan elektrik.

Namun begitu, kekurangan aircond dengan teknologi inverter adalah ia lebih mahal dan agak sukar dipasang berbanding aircond biasa.


#3. Set Aircond Dengan Betul

Nak gunakan aircond pun ada cara yang betul, bukan sekadar ‘on’ dan pasang pada suhu terendah sahaja. Kebiasaannya, pengguna akan set aircond pada satu suhu sahaja dan dibiarkan dari malam hingga keesokan pagi.

Sebenarnya, cara yang lebih baik untuk menggunakan aircond adalah memasangnya pada suhu terendah dengan kipas paling kuat selama 30 hingga 45 minit dahulu.

Kemudian, naikkan suhu sehingga 25°C atau 26°C yang merupakan suhu paling sesuai ketika tidur. Kelajuan kipas pula diturunkan sehingga separuh.

Sumber gambar: Freepik.

Aircond paling banyak ‘makan’ elektrik apabila baru dibuka (on). Hal ini adalah kerana kompresor akan menggunakan banyak tenaga untuk mula bergerak.

Aircond paling banyak menggunakan elektrik apabila ia baru ‘on’. Hal ini adalah kerana kompresor akan menggunakan banyak tenaga untuk mula bergerak.

Oleh itu, apabila korang set aircond seperti dicadangkan, ia akan mempercepatkan masa ‘cut-off’ untuk kompresor. Perkara ini kemudiannya membolehkan interval untuk mula berkerja dengan lebih lama.


#4. Elakkan Selalu On/Off Aircond

Di samping itu, jangan biasakan selalu ‘on’ dan ‘off’ aircond. Apabila bilik sudah terasa sejuk, jangan terus off aircond, sebaliknya gunakan kaedah set suhu seperti dikongsi di atas.

Ingat, aircond banyak menggunakan elektrik ketika ia baru dipasang untuk menggerakkan kompresor.


#5. Servis Aircond Pada Waktunya

Terakhir dan sama penting, jangan lupa untuk servis aircond korang setiap enam bulan ke setahun. Aircond yang tidak diservis akan membuatkan suhu terasa kurang sejuk dan menyebabkan pengguna sering menukar setting.

Antara perkara yang dilakukan ketika servis aircond adalah mencuci filter dan mengisi semula gas yang telah habis.

Aircond yang diservis secara berkala juga dapat menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman, tahan lebih lama, serta menjimatkan elektrik.


Cara Servis Aircond Sendiri

Sekalipun bajet korang tak mencukupi, aircond tetap perlu diservis. Kalau korang rasa ia masih berfungsi dengan baik, korang boleh cuba untuk servis aircond itu sendiri.

Mula-mula, pastikan suis aircond ditutup atau plug dicabut jika ada. Buka penutup aircond dan keluarkan filter yang berada di hadapannya.

Semburkan ‘aircond cleaner’ ke bahagian dalam iaitu ‘cooling fins’ atau ‘cooling coils’ aircond. Biarkan selama 10 minit atau mengikut arahan produk.

Contoh produk ‘aircond cleaner’ yang boleh digunakan.

Filter aircond pula boleh dicuci bagi menghilangkan sebarang debu dan kotoran yang melekat padanya.

Selepas 10 minit atau setelah filter betul-betul kering, pasang semula aircond seperti biasa. ‘Cooling coils’ tidak perlu dicuci kerana kotoran akan keluar dengan sendiri melalui paip di belakang aircond.

Sumber: SZ Design Studio | Sirap Limau


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd