Now Reading
“Buka Lampu Macam Ayah Bayar”- Anwar Ibrahim Tegur Penjawat Awam, Elak Bazir Elektrik Di Pejabat

“Buka Lampu Macam Ayah Bayar”- Anwar Ibrahim Tegur Penjawat Awam, Elak Bazir Elektrik Di Pejabat

Anwar Ibrahim turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memantau budaya pembaziran dalam kalangan penjawat awam dengan sentiasa memberi peringatan.

jimat elektrik penjawat awam anwar ibrahim

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang pembaziran, ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan kadangkala ia terjadi tanpa sedar.

Selain dari sikap membeli secara boros dan tidak memanfaatkan masa dengan perkara berfaedah, pembaziran juga boleh terjadi dari segi penggunaan elektrik yang berlebihan.

Ditambah pula apabila berada di dalam bangunan bertutup yang menggunakan banyak peralatan elektrik seperti lampu, penghawa dingin, pengecas dan sebagainya, peratus untuk berlakunya pembaziran adalah lebih tinggi.


Perdana Menteri Anwar Ibrahim Tegur Penjawat Awam Elak Membazir Elektrik 

Dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Oktober 2023 di Puspanitapuri hari ini (16 Oktober), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menasihati penjawat awam agar mengamalkan sikap berjimat-cermat dan tidak mengamalkan pembaziran.

Memetik sumber Berita Harian, isu pembaziran itu turut dikaitkan dengan penggunaan elektrik dalam bangunan seperti tidak menutup lampu pejabat apabila tidak digunakan.

Selain itu, pemberian jumlah pen mengikut jawatan juga perlu dilihat semula.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Jelas beliau, perkara ini perlu diberi perhatian kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan Anwar mahu mengelakkan agar dana tersebut dibazirkan begitu sahaja.

Membazir tidak perlu yang besar, macam menggunakan elektrik seperti ‘ayah kita yang bayar’. Contohnya, beri lima batang pen kepada ketua jawatan tetapi Ketua Setiausaha, 10; menteri, 15; Perdana Menteri, 20. Itu semua kita kena baiki sebab ia adalah dana awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan itu, Anwar turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memantau budaya pembaziran dalam kalangan penjawat awam dengan sentiasa memberi peringatan.

Jelasnya, penjimatan tersebut boleh dimanfaatkan untuk perkara lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

Masa saya berkhidmat di Jalan Duta satu masa dahulu, bila lihat ada lampu terbuka, saya minta ketua jabatan untuk tutup kerana ia bukan duit anda tetapi dana awam. Saya harap kita mulakan satu budaya, kerana melalui penjimatan, kita dapat buat banyak perkara lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Tips Untuk Menjimatkan Penggunaan Elektrik

Penjimatan dalam penggunaan elektrik boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah seperti berikut:

  • Menutup komputer dan peralatan elektrik selepas digunakan.
  • Berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah penuh.
  • Menutup suis lampu dan kipas jika tidak digunakan.
  • Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan penghawa dingin.
  • Tetapkan ‘timer’ pada penghawa dingin bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.
  • Mencuci penapis penghawa dingin bagi mengoptimumkan proses penyejukan.
  • Gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan.

Artikel Berkaitan: TNB Kongsi Tips Berguna Untuk Jimat Elektrik Ketika PKP

Artikel Berkaitan: Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd