Now Reading
PM Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

PM Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 juga akan diberikan kepada pesara kerajaan pada hari Jumaat ini (6 April).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini (1 April) telah mengumumkan satu berita gembira kepada penjawat awam bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada minggu hadapan.

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah pada hari Jumaat ini (6 April).

Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesara Kerajaan Juga Terima ‘Duit Raya’

Tambah Anwar lagi, bantuan tersebut juga akan disalurkan kepada semua pesara kerajaan yang berpencen dan tidak berpencen dengan berjumlah RM250.

Bayaran bagi BKK kepada kategori ini juga akan diagihkan pada hari yang sama seperti penjawat awam Gred 56 ke bawah iaitu Jumaat ini (6 April).

Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman ini dibuat oleh Anwar pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, Putrajaya.


Penjawat Awam Di Selangor Juga Terima Bantuan Khas Untuk Hari Raya

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut mengumumkan bahawa mereka yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan diberikan bantuan khas kewangan sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Bantuan tersebut akan diberikan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 di bawah program Bantuan Mahabbah Ramadan yang melibatkan kos sejumlah RM45 juta.

Sumber: MalayMail

Agihan bantuan berkenaan akan mula disalurkan pada Isnin hadapan (8 April).

Baca Artikel Berkaitan: Penjawat Awam Selangor Bakal Terima Bantuan Khas Minimum RM1,000 Sempena Aidilfitri Ini


Kerajaan Pahang Juga Beri Bantuan Sempena Hari Raya Kepada Penjawat Awam

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga memberikan pengumuman yang menggembirakan kepada 8,000 penjawat awam di negeri Pahang semalam (31 Mac).

Memetik laporan Berita Harian, bantuan khas bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan diberikan sebanyak RM1,000 dan bakal diagihkan sebelum tibanya Syawal.

Sumber: Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail

Selain itu, bantuan RM300 berbentuk barangan serta wang simpanan bagi bayi yang lahir di Pahang juga akan disalurkan.

Selain itu bantuan RM100 juga diberikan kepada setiap pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), serta bantuan RM300 kepada setiap pasangan yang berkahwin kali pertama.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Semoga bantuan khas untuk menyambut perayaan Syawal ini memberikan sinar baharu kepada masyarakat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd