Now Reading
Penjawat Awam Selangor Bakal Terima Bantuan Khas Minimum RM1,000 Sempena Aidilfitri Ini

Penjawat Awam Selangor Bakal Terima Bantuan Khas Minimum RM1,000 Sempena Aidilfitri Ini

Bantuan untuk penjawat awam Selangor itu akan diberikan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 di bawah program Bantuan Mahabbah Ramadan yang melibatkan kos sejumlah RM45 juta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang berkerja sebagai penjawat awam di negeri Selangor, ada berita baik untuk anda!

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan bahawa mereka yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan kerajaan negeri Selangor akan diberikan bantuan khas kewangan sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Memetik laporan Harian Metro, bantuan tersebut akan diberikan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 di bawah program Bantuan Mahabbah Ramadan yang melibatkan kos sejumlah RM45 juta.

Bantuan tersebut akan mula disalurkan pada 8 April 2024.

Sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran kerajaan negeri). Bantuan sama akan diterima oleh penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Bantuan Juga Diberikan Kepada Pemimpin Masyarakat Di Selangor

Sumber: MalayMail

Selain itu, bantuan elaun sebulan juga akan diberikan kepada beberapa kategori pemimpin masyarakat di Selangor. Antaranya:

  • Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  • Pegawai Perhubungan Kampung dan Kampung Baru
  • Ketua komuniti India
  • Setiausaha MPKK
  • Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS)
  • Penggerak Belia Selangor (PeBS)

Pada masa yang sama, penggerak masjid seperti nazir, imam rawatib, siak dan bilal untuk semua masjid serta guru rakyat yang bekerja bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula akan menerima bantuan khas RM500.

Pada tahun-tahun sebelum ini, Amiruddin turut memberikan bantuan khas yang sama kepada penjawat awam Selangor sebagai persediaan mereka untuk menyambut bulan Syawal.

Mengikut pemerhatian kami, jumlah bantuan tersebut masih kekal iaitu RM1,000.

Baca Artikel Berkaitan: Bantuan Khas Satu Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam Negeri Selangor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd